10 WASIAT*
Daripada Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Berikut adalah 10 WASIAT beliau :
1) Bukanlah mudah dan bermain-main sahaja untuk Bersumpah dengan Nama Allah SWT, sama ada didalam yang Haq (Benar) mahupun didalam yang Batil (Salah)...
2) Elakkanlah diri kita daripada Tipu Daya keatas sesama umat manusia, sama ada hanya dengan gurauan mahupun dengan bersungguh-sungguh...
3) Menepatilah sebuah Janji, kerana ini akan berfungsi sebagai Tali yang di ikat ketat bagi mengekalkan keharmonian sesama umat manusia...
4) Janganlah sesekali mengutuk akan mahkluk Allah SWT, kerana kata-kata mengutuk itu hanyalah akan membuatkan hubungan sesama umat manusia menjadi hancur...
5) Janganlah sesekali Mendoakan keburukan atau kecelakaan kepada orang-orang lain, walaupun mereka itu pernah berbuat keburukan mahupun kesalahan keatas diri kita...
6) Janganlah sesekali menjadi Saksi keatas umat Islam yang suka memberikan keputusan yang sesat dan hasad dengki dengan orang-orang lain...
7) Jauhkanlah mata kita daripada segala Maksiat kepada Allah SWT, agar ROH kita akan diangkat Martabatnya oleh Allah SWT. Dan seluruh anggota tubuh badan kita akan sentiasa didalam Ketaatan kepada Allah SWT...
8) Elakkanlah daripada bersandar mahupun menyandarkan IMAN kita kepada sesama mahkluk didalam hajat yang kecil mahupun hajat yang besar. Inilah Kemuliaan bagi Insan-Insan yang BERIMAN dan BERTAQWA kepada Allah SWT...
9) Janganlah sesekali menjadi tamak, rakus dan iri hati kepada apa-apa yang orang lain telah miliki. Dengan Berjiwa besar untuk kehidupan SEADANYA, maka akan datanglah Wara'...
10) TAWADHU dan ISTIQOMAH sama ada zahir mahupun batin. Maka disitulah Martabat kita akan ditinggikan oleh Allah SWT dan akan dapat mencapai Matlamat yang Haqiqi...
“Ubahlah Kerana-Nya sesuatu yang DIA benci dari Nafsumu sehingga DIA memberimu apa yang kamu sukai..
Jalan itu luas !
Berdirilah dan teguhlah !
Beramallah dan jangan Lalai selama tali dengan dua hujungnya di tanganmu..
Mohonlah Pertolongan Kepada-Nya diatas sesuatu yang menjadikan kebaikanmu..
Pandulah Nafsumu, jika tidak, ia akan memandu kamu..
Nafsu itu tukang memerintahkan keburukan di dunia dan tukang mencela di Akhirat...”
No comments:
Post a Comment