Monday, 8 May 2023

 ♥️


MAKRIFAT ALLAH TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN AMALMU


“Jika Tuhan membukakan untukmu pintu makrifat, jangan kau pertanyakan amalmu yang sedikit. Kerana Dia tidak akan membukakan pintu makrifat, kecuali kerana ingin memperkenalkan Diri Nya kepadamu. Tahukah kau bahawa makrifat merupakan anugerahNya untukmu, sedangkan amalmu adalah persembahan untukNya. Tentu, persembahanmu takkan sebanding dengan anugerahNya.” (Ibnu Athaillah Al-Iskandari)


Dalam perjalanan menuju Tuhannya, seorang Salik harus memperbanyak amal untuk menekan dorongan nafsu syahwat sehingga ia sampai kepada Allah. Di sisi lain, seorang Salik dituntut juga untuk bermujahadah dalam waktu yang lama. Namun demikian, tidak menutup kemungkinan di sela sela itu ia merasa malas melakukan sebahagian ibadah dan wirid yang diharuskan. Sehingga ia pun tergerak untuk meninggalkan semuanya. Padahal, di saat yang sama, ia telah sampai pada satu tahap makrifatullah. Oleh kerana itu, Ibnu Athaillah menasihatinya bahawa jika Allah membukakan untuknya satu dari sekian pintu makrifat seperti merasakan kehadiran dan pengawasan Allah atau menyedari bahawa pelaku ibadah sesungguhnya adalah Allah dan menyedari dirinya hanyalah objek penampakan perbuatanNya maka saat itu ia tidak perlu lagi merasa hairan dan bertanya tanya mengapa itu terjadi sementara amal yang dilakukannya hanya sedikit!


Kerana tujuan dari semua amal adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dibukakannya pintu makrifat adalah bukti bahawa Allah mengasihi dan menyayanginya. Boleh jadi, seseorang sedikit melakukan amal kerana memang ia sedang sakit. Jika orang ini mendapat makrifat, misalnya dengan mengetahui bahawa sakit baginya lebih baik berbanding sihat dan bahawa Allah Maha Melakukan apa yang dikehendakiNya, saat itu ia tidak perlu lagi mempertanyakan sedikit amalnya.


Allah membukakan untukmu pintu makrifat kerana Dia ingin memperkenalkan DiriNya kepadamu, memberimu kurniaanNya, mendekatimu, dan menampakan Sifat Sifat dan AsmaNya untukmu. Tentu saja makrifat adalah kurnia yang lebih besar dan agung untukmu dibandingkan amalan amalan lahirmu untukNya. Hadiah dari seorang hamba, walaupun bernilai tinggi, tetap hina dan kecil dibandingkan hadiah dari seorang tuan walaupun itu sedikit. Hadiah dari seorang hamba manfaatnya hanya akan dirasakan oleh dirinya sendiri, bukan tuannya.


Kesimpulannya, amal ibadah yang sedikit namun diiringi makrifat lebih baik daripada amal ibadah yang banyak tanpa makrifat. Jika seorang Salik mendapat makrifat, ia harus segera menghadapkan hatinya kepada Tuhannya agar kurnia makrifat dari Tuhannya itu ditambah. Ia juga harus lebih mempedulikan makrifat tersebut berbanding amalan amalan lahir yang dilakukannya. Oleh sebab itu, amalan lahir Para ’Arif yang dilakukan di akhir usia mereka cenderung menurun. Mereka selalu merindukan masa masa dahulu ketika mereka mendapat banyak cahaya kerana banyaknya amal yang mereka lakukan. 


Al Hikam

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...