Monday, 8 May 2023

 SELAWAT ADALAH PINTU UTAMA MAKRIFAT


Kenapa ditekankan selawat berbanding zikir-zikir lain?


Ini kerana selawat adalah jalan pintas menuju makrifatullah..


Perlu diketahui bahawa darjat makrifat tu adalah semata-mata pemberian dari Allah kepada hamba-Nya, bukan hasil usaha manusia..


Rasulullah SAW bersabda:


‎عَرَفْتُ رَبِّيْ بِرَبِّيْ


“Aku bermakrifat kepada Tuhanku dengan Tuhanku.”


Salah satu cara yang mudah untuk mencapai makrifatullah adalah dengan membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW..


Al-Allamah sayyid Abdurrohman bin musthofa Al-Idrus (tinggal di mesir), menyatakan (dalam penjelasan Beliau tentang Selawatnya sayyid Ahmad Al-Badawi..


Komen beliau ini di tulis 

dalam kitab yang berjudul (Miraatu Al -Syumus fi manaqibi Aali Al-Idrus )


Bahawa di akhir zaman nanti, ketika sudah tidak di temukan seorang murobbi (Mursyid) yang memenuhi syarat, tidak ada satu pun amalan yang dapat menghubungkan seseorang wushul (makrifat) kepada Allah kecuali bacaan selawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan tidur ataupun terjaga..


Sebahagian kaum ‘Yang Arif’, mengatakan:


"Sesungguhnya selawat itu, boleh menghubungkan pengamalnya untuk makrifat kepada Allah, walaupun tanpa guru kerohanian (mursyid)". 


Kerana guru dan sanadnya, bersambung terus melalui Nabi SAW.


Ingat! setiap selawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada Baginda saw dan Baginda membalasnya dengan doa yang sama (Ini bermaknanya Nabi saw tahu siapa saja yang membaca selawat kepada Baginda dan Nabi saw menjawab selawat dengan doa yang serupa kepada pembacanya tadi).


Hal ini berbeza dengan zikir- zikir (selain selawat) yang perlu melalui bimbingan guru kerohanian /mursyid, yang sudah mencapai makam makrifat.. 


Jika tidak, maka akan dimasuki syaitan, dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun ". 

(Hasyisyah Ash-Showi 'la Al-Jalalain, Hal: 287, Juz III, Toha Putra)


Al-arif Billah Maulana Syeikh Muhammad al-Jauhari berkata :


“Berpegang teguh kepada Allah adalah suatu keharusan untuk tetap selalu mengikuti perintah-Nya. Namun bukan suatu keharusan bahawa untuk sampai kepada Allah harus melalui Guru, sebagaimana pendapat para sufi. Tentang perlunya para guru itu adalah suatu kebiasaan saja. Allahlah yang menghendaki hamba-Nya atas kehendak-Nya dengan beberapa macam tarikan.”


Jika diamalkan selawat dengan betul nescaya Allah akan membukakan hati pada keindahan Hakikat Nabi Muhammad SAW. Hingga kemudian Allah akan menaikan pada musyahadah terhadap Wujud-Nya Yang Mutlak dalam kandungan Nabi Muhammad SAW..


Seperti diketahui bahawa tubuh Nabi Muhammad SAW tidak memiliki bayang-bayang. Ini menunjukkan bahawa Nur beliau berasal dari Nur Dzat Allah.. 


Barangsiapa yang memasuki alam makrifat melalui pintu kenabian Muhammad (dengan berselawat) untuk menuju Allah, menurut para ahli Hakikat adalah jauh lebih sempurna dari pada melalui pintu tauhid asma’ dan sifat..


Bahkan lebih sempurna jika dibandingkan mereka yang mendapatkannya dengan cara Jidbah (ditarik terus oleh Allah).


(Syeikh Muhammad Nafis Al-Banjari, Kitab al-Durunnafis, hal. 83)


Hakikat Nabi Muhammad SAW


Dengan berselawat kita memuji Nabi Muhammad SAW, Hakikat Muhammad itu ialah NUR MUHAMMAD. NUR MUHAMMAD itu ialah HAKIKAT ALAM. NUR MUHAMMAD atau HAKIKAT MUHAMMAD disebut juga NUR AWAL, maknanya asal segala kejadian dan akhir segala kenabian..


Itulah sebabnya hakikat MUHAMMAD itu disebut utusan, maka kalau hakikat Muhammad itu disebut utusan Tuhan maka carilah dan galilah sedalam-dalamnya hakikat hidup kita ini, supaya dapat pulang kembali keasalnya, iaitu kembali kepada hidup yang sejati, iaitu hidupnya Tuhan yang kekal dan abadi, dan azali dan tidak terkena kehancuran..


Itulah yang disebut dZat yang maha besar yang dikenal dengan sebutan HAQQULLAH TA’ALA..


Itulah tempat kembali, tempat manusia Makrifat, sebagai kesempurnaan kita yang sejati dan abadi.. 


HAQQULLAH itu adalah sebagai kenyataan kita iaitu untuk alam akhirat nanti dan alam dunia ini..


ALLAHUMMA SOLLI A',LA SAYYIDINA MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...