Monday, 8 May 2023

 KASYAF (TERBUKA HIJAB)


Kasyaf ertinya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib..


Kasyaf yang difahami oleh para nujum, bomoh dan dukun bukanlah termasuk dalam perbahasan ini kerana kasyaf yang mereka perolehi hanya terhad setakat pendang tembus ke alam jin sahaja. Tidak pada alam malaikat, alam Jabarut dan alam Lahut. Keterhadan ini boleh dilihat bila ramainya dukun, bomoh dan pawang masih melakukan maksiat terhadap Allah (lakukan perkara haram, makruh dan syubhat). Ini kerana mereka masih tidak dapat melihat malaikat Raqib & Atid (pencatat amalan baik & buruk) yang sentiasa sibuk menjalankan tugas mengawasi gerak-geri kita..


Kasyaf yang dikehendaki di sini ialah kasyaf yang dapat memimpin manusia mengenal Allah Ta'ala. Terbuka hijab dengan dapat melihat syurga atau neraka mengingatkan si hamba agar rajin beribadah, solat di awal waktu, menjauhi aktiviti sia-sia dan berhati-hati dalam perkataan. Inilah yang dikatakan Rasulullah s.a.w. "Jika kamu tahu apa yg aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".


Kasyaf dianugerahi Allah Ta'ala apabila hati telah bersih dari titik-titik hitam syirik. Kasyaf juga diperolehi dengan memperbanyakkan berlapar dan mengosongkan perut dengan berpuasa. Ia juga dimulai hasil dari bersusah payah (mujahadah) melazimi amalan suluk dan sentiasa membulatkan tumpuan hati kepada Allah..


Apabila kasyaf dianugerahi Allah, maka iman seseorang berada di paras selamat kerana dia akan dapat kekuatan menjaga diri sendiri walau keseorangan, walau di atas awan, di tengah lautan, di celah hutan tebal, walau digodai gadis rupawan. Inilah yg dimaksudkan "ilmu yakin".


Kasyaf juga akan membuatkan seseorang dapat membaca hati dan bisikan orang lain. Walaubagaimanapun, kebolehan ini digunakan oleh penerimanya untuk mengenang kebesaran Allah dan bukan untuk tujuan bersuka-suka dan memperbodohkan orang lain. Inilah rahsia bagi mengelakkan diperbudakkan oleh musuh Islam..


Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala...

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...