Saturday, 26 August 2023

 1. TENAGA UBUDIYAH· 


Doa seorang yang soleh dengan penuh kepercayaan.· Jiwa yang suci, bersifat rendah diri, takwa, tawakal dan sabar.· Apabila seseorang itu semakin suci jiwanya, aura atau gelombang elektromagnetnya tadi akan memiliki cahaya daripada alam ruh atau cahaya kerohanian yang suci membuka diri untuk menerima tenaga Illahiyah.· 


Seseorang yang hampir dengan Allah jiwanya kuat dan memiliki beberapa keajaiban seperti maunah atau karamah.

Sains Fizik :

§ Semakin kecil luas permukaan sesuatu objek itu, maka semakin tinggi daya yang bertumpu padanya.

§ Tenaga keupayaan sesuatu objek.

§ Semakin tinggi seorang itu ke atas bumi (dari paras laut), semakin rendah tekanan udaranya (atmosfera) manakala tekanan di dalam dada tinggi menyebabkan manusia sesak nafas, manusia akan mati.


Ulama Tasawuf, Syaikh Abu Yazid Al-Bustami berkata :“Semakin tinggi perjalanan ruhnya ke hadrat Allah (langit) perasaannya semakin hancur terhadap dirinya, sehingga kemuncak pendakiannya akan leburlah dirinya (binasa) atau fana. Tenggelam ia dalam syuhud kepada Allah SWT sehingga perasaannya seolah-olah tiada wujud dirinya.”


Sains Fizik :

Contoh : Atom hidrogen, bakteria, virus, air terjun.Mengecilkan diri ini sebenarnya kita menjadi seperti atom, mikroorganisma (bakteria, virus). 

Semakin kecil atom (jisim relatif rendah) maka semakin hebat tenaganya – Hidrogen. Semakin kecil bakteria/virus maka semakin tinggi risiko, kuat kuasanya, sukar dikesan atau di musnahkan!


Sains Islam :

§ Seseorang yang berjiwa tenang dan tawadhu’, maka ia memiliki tenaga yang tinggi dan kuat.

2. TENAGA KEROHANIAN

Diperolehi daripada amal soleh seperti solat, al-Quran, sedekah, selawat dan sebagainya.

3. TENAGA DALAMi) Tenaga ‘Kerehatan’Ia adalah satu tenaga yang wujud ketika janin mula terbentuk. Tenaga inilah yang bekerja membentuk tubuh dengan sempurna. Apabila selesai, tenaga ini diam dalam keadaan ‘tidur’ di dalam tulang sulbi. Ia berada dalam lapisan yang lebih dalam dari nasma dan ‘dibungkus’ di dalam 7 lapisan. Dalam Yoga, ia dipanggil ‘Kundalini”.Mengikut Sufi, ia adalah tenaga Ruh al-Hayat yang bergabung dengan oksigen.Tenaga yang tersimpan ini boleh dibangkitkan apabila seseorang itu melakukan teknik pernafasan yang disertakan keheningan yang tinggi.

ii) Tenaga NasmaUlama Tasawuf :- Qarin, Nasma- Ia semakin kuat bila teknik penafasan yyang teratur bergabung dengan konsentrasi akal.

Sains Fizik :- Medan elektromagnet pada tubuh badan manusia.- Ia dikenali juga dengan Tenaga Dalam, CChi, Prana, Tenaga Batin, Human Eenergy FieldGelombang elektromagnetik = NASMA / diri batin / Qorin/ Aura


4. TENAGA FIZIKAL- Penghasilan tenaga daripada proses penguraian dan sintesis karbohidrat, protein atau lemak dengan enzim dengan kehadiran oksigen (metabolisma).- Tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosina trisfosfat). Apabila badan memerlukan tenaga, molekul ATP dipecahkan dengan mudahnya untuk membebaskan tenaga.


5. TENAGA MINDA

Sains Fizik :

§ Ia adalah gabungan unsur zohir dan unsur ghaib (Ruh).§ Ia bertindak sebagai pemancar dalam mengolahkan gelombang

§ Ia berkebolehan menjadikan tenaga dalam bentuk gambaran dalam dirinya sehinggaakhirnya menjadi kenyataan di alam zahir dengan izin Allah.

§ Ia memiliki gelombang yang amat laju melebihi kelajuan cahaya biasa.Sains Islam :

§ Akal yang bersifat air boleh mengawal dan memadamkan sifat api iaitu nafsu.


6. TENAGA EMOSISains Fizik :

§ Keheningan/ketenangan memiliki tenaga yang kuat. Umpama objek pegun (tak bergerak) dengan objek yang bergerak – kereta 

Sains Islam :

§ Seseorang yang tenang memiliki tenaga Ilahiyah yang amat hebat! Doa makbul, hajat mudah tercapai,"Kasih sayang adalah suatu tenaga yang tinggi, mempunyai gelombang penyembuh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi dan boleh melemahkan syaitan. Syaitan tidak memiliki sifat kasih sayang."


7. TENAGA ALAM- 

Tanah/bumi : zat makanan, permata/kristal, wangian/aroma tumbuhan- Cahaya matahari- Cahaya bulan- Air Jenis tersebut tidak semestinya mengikut tahapnya tetapi ia mengikut tahap pemahaman sejauh mana keilmuan dan perguruan masing..Kalau mengikut apa yang dilaporkan bahawa Tenaga Ubudiyah tidak dikatakan sebagai tenaga yang paling rendah bahkan merupakan tenaga tertinggi.. lahir daripada penyaksian tauhid yang sebenar kerana ia merujuk kepada ubudiah makam kehambaan iaitu tertinggi..


Rasulullah sendiri mengaku hamba saja sedangkan baginda berpangkat habibullah...(kekasih Allah).Di sudut pengkajian lain pula, ada perbincangan khusus tentang tenaga elektro magnetik yang UFO guna iaitu berkenaan artificial elektromagnetic vs elektromagnetism bumi...

Menurut catatan Highlander07 beberapa tahun lalu pula ia membawa terma : Tenaga Zero Point (ZPE) Ini mungkin dikategori dalam tenaga ubudiayah.Tenaga tersebut dikatakan tenaga penciptaan iaitu dari ada kepada tiada.Sains moden berpendapat bahawa tenaga ini boleh dijana sekiranya kejadian Big Bang iaitu Permulaan alam dari tiada boleh diulang dalam eksperimen.Jadi CERN iaitu sekumpulan saintis yang ditaja oleh beberapa negara maju telah mencipta satu alat yg dinamakan Hedron Collider yg terletak beberapa ribu meter bawah tanah yang boleh menjana beberapa black hole kecil yang apabila dikaji , rahsia penciptaan dan penghasilan ZPE akan terbongkar. Dengan menguasai ZPE satu revolusi besar sains akan berlaku seperti teleportasi, senjata pemusnah massa yang amat dahsyat, pembukaan dimensi alam ghaib (syaitan, jin dan lain-lain).Sebelum ini ZPE hanya dimilki oleh insan yg telah mencapai tahap Insanul Kamil (amat sedikit bilangannya). Dengan ZPE berlaku karamah waliyullah contohnya boleh memecahkan diri di banyak tempat, sampai ke suatu tempat tanpa melalui ruang dan masa, menghidup suatu yg telah mati atau yg telah musnah dll. hanya mereka yg telah berjumpa Ruh Idofi (Diri silver bertanda kalimah) sahaja yg Allah beri kelebihan ini setakat ini..Persoalan juga timbul..bagaimana untuk bertemu dengan ruh idofi..menurut catatan yang kami terima tiada cara lain yang paling berkesan..hanyalah dengan melakukan amalan zikir 'mencuci ruh' yang mesti berasal dari The One..(Dari Rasulullah dan The One2 yang lain..cth Sunan Kali Jaga, Adiputra..dll..yg mengikut jalan ini juga dinamakan sebagai Ahlul Bait..(biasanya dari titisan darah The One juga)..Moga diketumukan jua kepada kita..InsyaAllah..Allah Maha Penyayang atas hamba-hamba yang soleh....



No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...