Wednesday 16 August 2023

☆Tadabbur Kalamullah 30 Muharram 1445H☆


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ


"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?" [Surah al-Baqarah 44]


#Pemimpin hendaklah mengerjakan apa yang telah dianjurkan supaya tidak dikeji orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk seperti yang telah difirmankan oleh Allah swt diatas.


#Dinyatakan dalam kitab al-Durrat al-Gharra’ oleh al-Khirbiti:


“Seseorang sultan, pertamanya mestilah mengetahui kadar kekuasaannya dan memahami bahayanya. Sesungguhnya kekuasaan itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah swt. Sesiapa yang menunaikan haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada tandingannya. Tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran kepada Allah swt. Sekiranya demikian, maka tiada nikmat yang lebih tinggi daripada pemberian darjat sultan kepada seseorang hamba yang menjadikan satu saat daripada hidupnya seumpama keseluruhan hidup orang lain. Sesiapa yang tidak menyedari kebesaran nikmat tersebut akan menggunakannya dengan penuh kezaliman dan memuaskan hawa nafsunya. Mereka ini dibimbangi akan menjadi sebahagian daripada musuh Allah sebagaimana sabda Nabi saw:


مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga (HR al-Bukhari dan Muslim)


#Allah swt amat membenci pemimpin yang mengkhianati hak rakyat kerana sudah pasti berlaku kepincangan dan keadilan dalam pemerintahan. 


#Golongan pengkhianat biasanya akan mengundang pelbagai natijah buruk dan tidak baik. Hal ini berlaku di dunia lagi dan kadang-kadang sebelum menuju ke usia tua. Biasanya pengkhianatan berlaku kerana sedikit kepentingan duniawi yang dirasakan miliknya dan dia berhak untuk memperolehi kerana peluang terbuka dengan luas. Sesungguhnya ancaman Allah serta amarannya kepada pemerintah yang khianat melalui lisan RasulNya begitu tegas.


#Rasulullah saw telah berdoa untuk para pemerintah dengan bersabda: "Barangsiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia menyusahkan mereka maka engkau sukarkanlah urusan mereka tetapi sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umat ku dan dia memudahkan mereka maka Engkau mudahkanlah urusannya.”


♡Pastikan segala janji disepanjang kempen pilihanraya ditunaikan dengan sebaiknya. Jangan sesekali menempah dosa dan kemurkaan Allah dengan mengabaikan janji yang telah dilafazkan. Tunaikan apa yang telah dijanjikan!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  A Woman's Health May Depend on a Good Man The deepest root cause of women's illnesses are often found in toxic relationships that ...