Friday 18 August 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1445H☆


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" [Surah Ibrahim 7]


#Allah swt memerintahkan kita sentiasa mensyukuri segala nikmatNya samada sedikit ataupun banyak. Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.


وَقَلِیلࣱ مِّنۡ عِبَادِیَ ٱلشَّكُورُ 


“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hambaKu yang bersyukur" [Surah Sabaʾ 13]


#Kita mesti sentiasa melatih diri agar boleh menerima dan bersyukur atas apa sahaja nikmat atau pemberian daripada Allah swt. Ada di kalangan manusia yang lupa diri, apabila diberi nikmat tidak pernah mahu bersyukur, akhirnya Allah swt memberi ancaman atau musibah kepada mereka sebagai ingatan dariNya. Allah swt mengancam bukan kerana benci tetapi kerana sayang kepada hambaNya. Allah swt memberi tahu mengenai neraka dan dahsyatnya azab neraka itu, agar manusia tidak masuk ke dalamnya.


#Firman Allah swt:


هَـٰذَانِ خَصۡمَانِ ٱخۡتَصَمُوا۟ فِی رَبِّهِمۡۖ فَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتۡ لَهُمۡ ثِیَابࣱ مِّن نَّارࣲ یُصَبُّ مِن فَوۡقِ رُءُوسِهِمُ ٱلۡحَمِیمُ 


"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak"


یُصۡهَرُ بِهِۦ مَا فِی بُطُونِهِمۡ وَٱلۡجُلُودُ 


"Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka"


وَلَهُم مَّقَـٰمِعُ مِنۡ حَدِیدࣲ 


"Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka"


كُلَّمَاۤ أَرَادُوۤا۟ أَن یَخۡرُجُوا۟ مِنۡهَا مِنۡ غَمٍّ أُعِیدُوا۟ فِیهَا وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ 


"Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" [Surah al-Ḥajj 19-22]


♡Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah swt termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup. Namun, jika kufur dan tidak bersyukur, azab dahsyat bakal menimpa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  ZIO-NAZIS GENOCIDES IN HOLY LAND. Bibi starts Christians Massacre in Lebanon after Muslims ones in Gaza Fabio G. C. Carisio October 16, 20...