Friday, 4 August 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 18 Muharram 1445H☆


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ * كَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفۡعَلُونَ 


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya" [Surah aṣ-Ṣaff 2-3]


#Antara sebab ayat ini diturunkan ialah kerana terdapat dalam kalangan mereka yang cakap berdegar-degar bagi menunjukkan semangat perjuangannya. Akan tetapi, apa yang diucapkan itu tidak diamalkan apabila mereka diberikan peluang untuk berjuang dan memegang teraju pemerintahan. Bercakap menampakkan pakar dan bijak dalam segala hal, namun semuanya retorik dan pembohongan semata-mata sehingga mereka mendapat kemurkaan yang besar daripada Allah swt.


#Ayat ini juga ditujukan kepada semua perkara yang berkait dengan hukum haram seseorang itu berbohong, mungkir janji dan menipu dalam janji yang dilafazkan.


#Contohnya, sering kali setiap kali datangnya musim pilihanraya maka akan dimainkan dan diapi-apikan isu menentang rasuah, salah laku, perompak, penyamun, penyeleweng, penyangak, penyakau, salah urus tadbir, tidak mengikut tatakelola dan berjanji dengan pelbagai menifesto menggula-gulakan orang ramai. Semua itu dijadikan modal kempen ahli politik bagi menarik sokongan rakyat, disertakan pula dengan janji yang luar biasa di luar kemampuan untuk dilaksanakan, semata-mata untuk memancing undi bagi mendapatkan tampuk pemerintahan. Disamping dengan penuh bersemangat berjanji akan menurunkan harga petroleum dalam tempoh masa 24 jam, tol akan dihapuskan, hutang PTPTN akan diselesaikan secepat kilat dan pelbagai lagi isu kebajikan rakyat yang dicanangkan saban hari berkempen.


#Malangnya, setelah berkuasa ternyata cakapnya tidak serupa bikin. Apabila sudah berkuasa, langsung tiada apa yang dilakukan untuk rakyat sebagaimana yang diucapkan. Semuanya wayang, janji kosong, pembohongan dan janji palsu semata.


#Mereka bercakap seolah-olah mereka menentang kemungkaran, tiba-tiba membiarkannya apabila sudah berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan bahkan bersekongkol dengan kaki rasuah dan penyakau.


أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ 


"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" [Surah al-Baqarah 44]


♡Pastikan percakapan kita sama dengan perbuatan. Jangan bercakap berdegar-degar dan berjanji penuh kemanisan, namun semuanya bohong dan lakonan semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa, mulalah zalim, sentiasa menipu dan kuat spin. Asal buka mulut, membohong!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  A Terrorist Suicide Bombing in a Damascus Church Triggers a Wider Takfiri Purge of Syrian Minorities On 22 June at approximately 6:30pm du...