Thursday 17 August 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1445H☆


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُوۡنِىۡۤ اَسۡتَجِبۡ لَـكُمۡؕ اِنَّ الَّذِيۡنَ يَسۡتَكۡبِرُوۡنَ عَنۡ عِبَادَتِىۡ سَيَدۡخُلُوۡنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيۡنَ


Dan Tuhanmu berfirman: ''Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" [Surah Ghafir 60]


#Dalam ayat ini, Allah swt berjanji akan memperkenankan doa hambaNya, akan tetapi Dia tidak menetapkan waktu diperkenankan doa itu. Bagi kita umat Islam wajib ikut perintah Allah dengan sentiasa berdoa, memperbanyakkan dia dan tidak pernah putus asa dalam berdoa. Mengenai soal memper­kenankan doa itu terserah kepada kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt.


#Setiap pagi dan petang, Nabi saw sentiasa berdoa kepada Allah swt, kerana Nabi saw ingin mengajar kita bahawa setiap kita wajib memohon dan menyandarkan pergantungan hanya kepada Allah swt dalam semua urusan kehidupan kita. 


#Ini doa yang Nabi saw baca setiap pagi dan petang:


اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ


"Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau" (HR Abu Daud)


#Kenapa kita perlu berdoa mohon kesihatan pada setiap pagi dan petang?


#Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di dalam hidup kita. Kadang-kadang di waktu pagi kita sihat, tiba-tiba petang kita jatuh sakit. Kadang-kadang petang kita masih dapat melihat warna warni kehidupan ini, tiba-tiba pagi esok, bangun tidur penglihatan kita rosak dan kita tidak dapat melihat lagi. Hari ini kita masih boleh mendengar, belum tentu esok kita boleh mendengar lagi. 


#Oleh itu, sentiasalah berdoa untuk menunjukkan kefakiran dan rasa kehambaan kita di hadapan Allah swt. Setiap sesuatu apa yang berlaku semuanya dalam izin Allah swt. Dan setiap taubat hanya kepada Allah swt atas dosa-dosa yang sudah kita lakukan dan di atas kejahilan kita. Moga Allah sentiasa merahmati dan memakbulkan doa kita.


♡Alhmdulillah, hari ini kita berada dalam bulan Safar (1 Safar 1445H) dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menikmati kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Maka banyakkan berdoa memohon kebaikan dan pastikan kita sentiasa ingat akan Allah serta selalu bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan. Berdoa dan bersyukurlah!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  End of the United Nations? BRICS Decision Shocked the World Countries from the BRICS alliance and the Global South are pushing for major r...