Saturday 19 August 2023

 JIWA TARBAWI 869





Membaca Al Quran hari ini, Al Quran mengingatkan tentang kematian - AL MAUT.


Ingatan tentang kematian menggamit hati.


Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri.



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎﴿آل عمران: ١٨٥﴾‏


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)


(Ali ‘Imran: 185)


Kematian mengingatkan tentang adanya kehidupan selepasnya. Dan itulah kehidupan sebenar yang semesti dijadikan matlamat kesenangan dan keselamatan. Bukannya kehidupan dunia yang menipu dan menjanjikan angan-angan tudak berkesudahan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏


Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (35)


(Al Anbiya’: 35)


Kematian mengingatkan tentang hidup di dunia hanyalah cubaan dan keputusannya hanya diketahui bila bertemu Tuhan.



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿العنكبوت: ٥٧﴾‏


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (57)


(Al Ankabut: 57)


Kematian menumbuhkan jiwa yang akan sentiasa merasai bersedia untuk balik kepada Allah ta’ala.


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾‏


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (8)


(Al Jumu’ah: 8)


Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri. Bahkan segala yang dilalui di dunia akan menjadi perhitungan untuk dibalasidi akhirat.



كفى بالموت واعظا


Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat.



Justeru,


أكثروا ذكر الموت فما من عبد أكثر ذكره إلا أحيى الله قلبه وهوّن عليه الموت


Perbanyakkanlah mengingati mati. Tiadalah seseorang hamba banyak mengingatinya melainkan Allah menghidupkan hatinya dan meringankan kematian baginya.


( HR Dailami)




ABi

No comments:

Post a Comment

  Biden administration sends troops, missile defense to Israel – Day 372 contact@ifamericansknew.org   October 14, 2024   al shati camp ,  H...