Saturday, 26 August 2023

 Di dalam ajaran tasawuf Sufi Al-Haq tidak ada yang mengatakan atau memahami bahwa diri manusia itu adalah hina, kotor, bodoh dan papa-kedana meskipun seorang manusia itu telah berbuat banyak dosa.... 


Mencela manusia seperti itu samalah seperti mencela balik Tuhan itu sendiri dan ciptaan-Nya. Seolah-olah menganggap Tuhan itu tidak tahu mencipta sesuatu yang baik. Dengan itu sepadanlah juga dengan pendirian iblis yang menghina Adam di hadapan Tuhan ketika Tuhan memerintahnya supaya segera sujud kepada Adam. Iblis enggan patuh pada perintah-Nya itu kerana memandang rendah kepada Adam dan menanggap Adam itu adalah semata-mata ciptaan yang hina sedangkan dirinya yang tercipta daripada api lebih mulia...


Orang yang memandang hina terhadap makhluk bermakna belum lagi syuhud kepada Allah Taala meskipun ia mengakui sebagai orang yang berilmu makrifat. Orang yang sebenar syuhud itu adalah tidak memandang apa-apa pun selain Allah dan segala ciptaan Allah itu hanyalah kenyataan yang majazi (tidak wujud).  Orang yang sebenar-benar syuhud itu juga sudah tidak merasakan apa pun perasaan sedih, bimbang dan gembira terhadap hal-hal keduniaan. Malah jika hidupnya ditimpa musibah pun tidak terasa marah, sakit hati atau derita...


Meskipun sesuatu ciptaan Allah tampak buruk di mata manusia, namun belum tentu buruk di mata takdir-Nya.. Ingatlah, di sebalik semua ciptaan itu adalah berasal daripada Nur Muhammad.. Tanpa Nur Muhammad segala ciptaan dalam alam ini tidak akan dinampakkan ada gambaran-Nya...


Tuhan telah menciptakan diri manusia itu sebaik-baik kejadian menurut Surah-Nya.. Kejadian manusia sehingga ke hari ini tidak ada campur-tangan dari malaikat. Fitrah diri manusia adalah struktur yang teramat agung dan kompleks dibandingkan ciptaan lain.... 


Buruk atau baik seorang manusia itu kerana ada perlawanan di antara sifat dan nafsu yang menghalangi fitrah manusia. Sifat ialah 7 Sifat Maani yang ditajallikan Tuhan kepada diri manusia iaitu Ilmu, Hayat, Qudrat, Iradat, Sama', Bashar dan Kalam dan dibungkus dalam satu hakikat bernama Ruh atau Nyawa yang berintisarikan Ujud, Ilmu, Nur, Syuhud...  


Diri manusia itu mempunyai dua aspek. Aspek yang di luar dikatakan sebagai manusia. Aspek yang di dalam dikatakan sebagai Insan. Justru itu, manusia adalah yang bersifat bumi sebagai majlah atau wadah yang menampung dan meliputi Insan yang bersifat KeLahutan atau sebagai Langit Yang Tidak Bertiang.. Di dalam lapisan hakikat Insan itu ada lagi Insan yang dikatakan sebagai Insan Al-Kamil atau Ruh Al-Azam dan juga Haqiqatul Muhammadiyah... 


Insan Kamil atau Haqiqatul Muhammadiyah ini telah ada sejak Azali yakni sebelum terciptanya Diri Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini menjadi Abadi setelah wafatnya Nabi Muhammad saw turun kepada para Sahabat, Auliya dan para Ulama Solihin. Golongan Ulama Solihin yang dimaksudkan di sini bukanlah ulama yang mencari pangkat kesenangan dunia dan menutup kebenaran, tetapi adalah mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan ajaran Islam...


Kesimpulannya, janganlah kita suka memperhinakan sesama manusia sekalipun kafir atau yang berbuat dosa. Yang dikatakan kafir itu kerana tertutup fitrah kemanusiaan pada hatinya, sedangkan hakikat ruhnya bukanlah kafir. Andai fitrahnya itu dibukakan Allah, nescaya akan nyatalah cahaya kebenaran baginya. Begitu juga orang yang bermaksiat. Tidak semestinya maksiat itu semata-mata maksiat.. Boleh jadi maksiat itu dapat membukakan jalan dan kesedaran untuk ia kembali bertaubat kepada Allah. Dan tidak semestinya orang alim dan taat itu sebenar-benar alim dan taat. Boleh jadi sikap alim dan taat itu membuatnya merasa megah dan sombong terhadap Allah dan sesama manusia.🍁



No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...