☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulhijjah 1444H☆
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Naḥl 125]
#Ayat ini berkaitan seruan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw supaya mengajak umat manusia kepada agama Allah swt.
#Menyeru manusia kepada agama Allah swt merupakan satu ibadah yang sangat mulia. Tugas ini telah digalas oleh Nabi Muhammad saw dengan penuh hikmah dan bijaksana serta sabar sehingga nur hidayah Islam itu kita nikmati saat kini.
#Dakwah merupakan tugas utama para rasul dan nabi. Disebabkan itu tugas dakwah ini sangat mulia. Melaksanakan kerja-kerja dakwah merupakan sebahagian tanda kita mencintai Baginda Nabi Muhammad saw dan menunaikan perintah Allah swt.
#Kaedah dakwah yang pelbagai sebagaimana yang diterangkan dalam ayat ini iaitu dengan penuh hikmah, peringatan atau nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang lebih baik adalah bergantung kepada siapa sasaran dakwah kita, maka gunakanlah pada tempat dan masa yang sesuai.
#Oleh itu, setiap pendakwah mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran serta kepakaran bagi menyampaikan risalah Islam kepada seluruh lapisan masyarakat dengan baik dan berkesan. Contohilah kepelbagaian kaedah dakwah yang telah pun ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw kita semua.
#Ayat diatas juga menerangkan bahawa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, perlulah dilakukan secara berhikmah. Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah Islam yang sebenar.
...Bersambung...
♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran atau beristiqamah dalam menerima kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat, namun inilah pekerjaan para nabi dan rasul yang menjanjikan ganjaran syurga yang teristimewa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment