☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulhijjah 1444H☆
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Naḥl 125]
#Mengajak manusia kepada agama Allah adalah pekerjaan yang mulia dan memerlukan ilmu serta kebijaksanaan.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)" [Surah al-Fussilat 33]
#Dakwah memerlukan kesabaran dan istiqamah kerana terdapat pelbagai cabaran, ujian, halangan dan memerlukan masa yang panjang.
#Pernah pada suatu ketika Nabi saw menyuruh Sayidina Ali r.a untuk membawa panji ketika peperangan Khaibar. Lalu Sayidina Ali berkata, kami akan menentang dan melawan musuh sehingga mereka menjadi muslim. Lalu Nabi saw berkata: Bersabarlah, sehingga kamu berjumpa dengan mereka dan mengajak mereka untuk memeluk agama Islam maka Allah akan bersama mereka.
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
“Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik)" (HR al-Bukhari)
#Dalam sirah menceritakan bahawa Nabi saw pernah dinasihati oleh bapa saudaranya agar meninggalkan kerja dakwah. Diriwayatkan daripada Ya’qub bin Utbah bin al-Mughirah bin al-Akhnas mengisahkan:
"Ketika kaum Quraisy mendatangi Abu Thalib untuk memprotes semua kegiatan dakwah Rasulullah saw, maka Abu Thalib menegur Rasulullah saw seperti berikut: “Wahai anak saudaraku, sesungguhnya kaummu datang kepadaku lalu memprotes begini dan begitu, kerana itu tetaplah denganku dan jagalah dirimu, serta janganlah engkau bebani aku sesuatu yang aku tidak mampu untuk menanggungnya".
Kemudian Rasulullah saw bersabda: ,"Wahai bapa saudaraku, demi Allah, kalau pun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (penyampaian dakwah), sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa, pastilah tidak akan aku meninggalkannya".
#Begitulah dakwah dan perjuangan menyampaikan Islam yang ditunjukkan oleh Nabi saw yang mana ia dilaksanakan secara konsisten serta berpegang teguh dengan Islam. Seorang Muslim mestilah menjadikan Nabi saw sebagai ikutan kerana hal ini merupakan sebuah kewajipan. Tidak harus ada flip-flop atau U-turn seperti sesumpah dalam sebarang aktiviti dakwah dan perjuangan di kalangan kaum Muslimin.
♡Teruskan berdakwah menyeru manusia kepada ajaran Allah swt dan mentaati perintahNya. Hidayah milik Allah. Maka kita perlu gandakan usaha agar manusia beroleh hidayah petunjuk Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment