Saturday, 15 July 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1444H☆


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ قُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِیكُمۡ نَارࣰا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ 


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)" [Surah at-Taḥrim 6]


#Sambung lagi bicara berkaitan didikan taqwa kepada diri dan ahli keluarga.


#Para salafussoleh sentiasa mendidik anak isteri mereka agar sentiasa sensitif dengan perkara maksiat. Sentiasa peka dengan perkara mungkar sejak usia kecil lagi.


#Imam Abu Bakar al-Marwazi rahimahullah bercerita:


“Aku pernah datang ke rumah Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Ketika itu ada seorang wanita tukang sikat rambut sedang menyisir rambut anak perempuannya yang masih kecil.


Aku bertanya: “Apakah kamu menyambung rambutnya dengan qaraamil (penyambung rambut dari benang)?”. Pantas wanita tukang sikat itu mengatakan: “Anak kecil itu menolak dengan keras dan berkata: "Sesunguhnya ayahku melarangku (melakukan itu) dan dia akan marah jika aku melakukannya.” (Lihat: Manaqib Imam Ahmad)


#Hal ini bertepatan dengan sabdaan Nabi saw yang mengatakan bahawa ibu ayahlah yang mencorak kehidupan anak-anak mereka:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: "‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ


"Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibu bapanyalah yang mencorakkanya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi" (HR al-Bukhari)


#Lihatlah bagaimana pengaruh positif didikan seorang ayah kepada anak kecilnya agar sentiasa berpegang teguh dengan perintah Allah swt dan meninggalkan laranganNya, 


♡Contohilah Imam Ahmad bin Hanbal dalam mendidik serta mengajar puteri kecilnya selok belok halal haram kerana Rasulullah saw melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta disambung rambutnya. Jadikan keluarga kita keluarga yang peka dengan perkara dosa!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  British hunger strikers learn prison lessons from Palestine ​  Summary ​ Wed, 12/03/2025 - 19:06 Asa Winstanley    The Electronic Intifada...