Saturday, 22 July 2023

 Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 866


Kalaulah engkau mahukan jiwa seorang HAMBA itu tertanam dan terpasak kukuh dalam hatimu..


Mohonlah pada Allah ‘Azza wa Jalla agar mencabut kesombongan dan ketakburan dari hatimu.


Takabburlah yang akan mencegah hatimu dari menerima kebenaran.


الكبر: بطر الحقِّ وغمط النَّاس

(رواه الشيخان)


 Takabbur ialah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain.


(HR Bukhari dan Muslim)


Takabbur menjadikan seseorang merasa diri lebih lebih baik dari orang lain. Lantas memandang rendah dan memperkecilkan orang lain.


Tidak hairanlah takabbur akan menyemai sikap berperasangka buruk kepada orang lain. Dan suka membanding-bandingkan orang lain dengan dirinya.


Takabbur juga yang sering menjadikan seseorang menggilai pujian dan kedudukan duniawi, memperbanyakkan harta untuk berbangga dan memperagakan kekayaan dan kemewahan  kepada mata dunia.


Tidak hairan berbenihkan kesombongan, manusia sering berhasad dengki, cela mencela, mengintip-ngintip keaiban dan umpat mengumpat tanpa rasa bersalah dan berdosa.


Yang lebih menakutkan ialah apabila takabbur menjadikan engkau enggan tunduk patuh merendah diri pada perintah dan ajaran Allah dan RasulNya. Itu yang terjadi pada iblis. Biar pun dia tidak pernah mensyirikkan Allah ta’ala, namun ia tegar untuk tidak mahu tunduk dengan perintah Allah ta’ala agar menghirmati Adam ‘alaihis salam.


Biarpun dinasihat dengan sentuhan ayat-ayat Allah dan hadis Nabi ‎, seorang yang sombong akan menggunakan akal logiknya untuk tidak menerima kebenaran yang ada dalam nasihat dan mau’izah.


Takabbur dan sombong menyukarkan tumbuhnya rasa kehinaan diri dan ketundukan diri kepada Allah ta’ala. Susahnya untuk muncul kerendahan diri kepada manusia lain. 


Sifat sombong dan takabbur menjadikan seseorang itu suka dipuji atas ibadah dan amalan kebaikan yang ia lakukan. Maka suburlah sifat riya’ dan ‘ujub dalam hatinya. Maka biar pun banyak ibadah dan amalan, segala amalan itu tiada kesan pada jiwanya dan tiada pahala di sisi Allah ta’ala.


Oleh kerana itulah, sifat takburlah yang akan menghalangmu dari dapat masuk ke syurga.


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ


Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.


(HR Muslim, 51)


Kerana kesombongan adalah sifat ahli neraka.


عَنْ حَارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الخُزَاعِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الجَنَّةِ؟ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَاعِفٍ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ؟ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ.


Daripada Harithah bin Wahab Al Khuza’ie daripada Nabi ‎  bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 



Justeru, seriuslah bermohon kepadaNya agar dicabut kesombongan dari hati. Jalan menjadi seorang HAMBA akan lebih mudah jika hatimu terubat dari penyakit kesombonganitu.




 ⁃ Menjelang Wada’




No comments:

Post a Comment

  Oreshnik is Speed Force - VT Foreign Policy November 28, 2024 Become a VT Supporting Member Today Please keep VT Radio and VT Foreign Poli...