Thursday 20 July 2023

 Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 865


Bila memikirkan amalan selama hidup ini,


Banyak mana yang sudah dibuat?


Banyak mana yang telah Allah ta’ala terima?


Banyak mana yang benar-benar akan memberatkan timbangan mizan amal di akhirat nanti?


Kalaulah ukuran pemikiran sendiri pun tidak mampu untuk menilai, bagaimana penilaian Allah ‘Azza wa Jalla?


Sedangkan Allah ta’ala hanya akan menerima amalan yang paling benar yakni betul mengikut syariat dan sunnah Ar Rasul ‎ dan yang ikhlas dalam amalannya.


Oleh itu lah, dalam memahami ayat 2 surah Al Mulk,


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ‎﴿الملك: ٢﴾‏


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (2)


Ayat,

( ليبلوكم أيكم أحسن عملا )


Imam Ibnu Katsir menyebut,

Diriwayatkan dari Qatadah : “untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya .. dan bukan yang paling banyak amalannya.”


Imam At Thabari pula menyebut,


“ supaya Dia menguji kamu dan menelek siapakah di antara kamu -wahai manusia- yang paling taat dan paling cepat bersegera menuntut keredhaanNya.”


Imam Qurthubi pula mentafsirkan,


“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik membiat persiapan mati, serta merasa bimbang takut dan berhati-hati terhadap kematian.”


Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata, Rasulullah ‎ﷺ membaca 

(تبارك الذي بيده الملك)

hingga ke ayat (أيكم أحسن عملا) lalu bersabda: ‘ yang paling wara’ ( memelihara diri ) daripada yang diharamkan oleh Allah dan yang paling bersegera dalam mentaati Allah.’ “


Syeikh As Sa’ady dalam tafsirnya menyebut,


“ yang paling ikhlas dan paling benar amalannya.”


Ini bererti, kalau banyak beramal pun perlu dipastikan benar berdasarkan ilmu dan ikhlas untuk dipersembahkan kepada Allah ta’ala.


Dua syarat ini disebutkan dengan jelas dalam akhir surat al-Kahfi:


فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً


“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seoran gpun dalam beribadat kepada Rabb-nya.” 


(Al Kahfi: 110)


Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini berkata, 


“Dua hal ini merupakan dua rukun amal yang diterima. (Jadi suatu amalan) harus ikhlas kerana Allah dan sesuai dengan syari’at Rasulullah ‎.


Walaupun hati gementar memikirkan keadaan amalan sendiri, namun yakin dan percayalah bahawa,



وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ‎﴿البقرة: ١٤٣﴾‏


dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. (143)


(Al Baqarah: 143)


وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ‎﴿آل عمران: ١٧١﴾‏


dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. (171)


(Ali ‘Imran: 171)


فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ‎﴿يوسف: ٩٠﴾‏


Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik, (120) 


(Yusuf: 90)


Justeru, teruslah beramal, bersungguhlah, perbanyakkanlah amalan dan pertingkatkan ilmu dan keikhlasan dalam beramal.




No comments:

Post a Comment

  The Government Compels Silence – Again Post Views:   1,014 October 10, 2024 The government knows how to evade an uncomfortable constitutio...