Monday 24 July 2023

 

COVID-19: AS dapati kemungkinan vaksin terkini Pfizer dikaitkan dengan strok iskemik

Vaksin Pfizer-BioNTech yang dikemas kini dikaitkan dengan sejenis strok otak bagi warga emas. - Foto REUTERS
Vaksin Pfizer-BioNTech yang dikemas kini dikaitkan dengan sejenis strok otak bagi warga emas. - Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT: Data analisis awal pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendapati, sistem pemantauan keselamatan vaksin COVID-19 dikemas kini yang dihasilkan Pfizer-BioNTech menandakan ia boleh dikaitkan dengan sejenis strok otak bagi warga emas.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) serta Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), berkata pangkalan data vaksin CDC mendedahkan kemungkinan isu keselamatan individu berusia 65 tahun ke atas lebih tinggi mendapat strok iskemia selepas 21 hari menerima suntikan dwivalen Pfizer/BioNTech, berbanding hari ke-22 hingga ke-44.

Advertisement

Strok iskemik turut dikenali sebagai iskemia otak, berpunca akibat hadangan dalam arteri yang membawa darah ke otak.

FDA dan CDC berkata, kajian berskala besar lain, Sistem Pelaporan Kejadian Buruk Vaksin CDC serta pangkalan data negara lain dan Pfizer-BioNTech tidak menandakan isu keselamatan itu, selain ia memerlukan lebih banyak siasatan.

"Kami percaya adalah penting untuk berkongsi maklumat ini dengan orang ramai biarpun keseluruhan data ketika ini menunjukkan isyarat dalam VSD (Pautan Data Keselamatan Vaksin) sangat tidak mungkin untuk mewakili risiko klinikal sebenar," katanya.

Pfizer dan BioNTech dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai laporan terhad strok iskemik terhadap individu berusia 65 tahun ke atas yang menerima suntikan vaksinasi terkini mereka.

"Sama ada Pfizer dan BioNTech mahupun CDC atau FDA sudah memerhatikan penemuan sama merentasi banyak sistem pemantauan lain di AS dan di seluruh dunia serta tiada bukti untuk membuat kesimpulan strok iskemik dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran kami," katanya.

Kebimbangan keselamatan itu tidak dikenal pasti dengan suntikan dwivalen Moderna dengan CDC dan FDA terus mengesyorkan semua orang yang berusia enam bulan ke atas sentiasa mendapat maklumat terkini bagi vaksinasi COVID-19 mereka. - REUTERS


https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2023/01/1052439/covid-19-dapati-kemungkinan-vaksin-terkini-pfizer-dikaitkan-dengan

No comments:

Post a Comment

  Iran Playing Major Role in Defeating Terrorism in Middle East: Mark Taliano  A renowned author and political commentator from Canada prais...