☆Tadabbur Kalamullah 29 Syawwal 1444H☆
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" [Surah at-Taubah 51]
#Imam Ibn Kathir berkata: "Iaitu kita semuanya adalah di bawah kehendak Allah dan ketentuanNya. KepadaNya kita bertawakal dan Dialah sebaik-sebaik pelindung. (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)
#Sewajarnya sebagai insan beriman, kita mengamalkan doa dan zikir dalam usaha melindungi diri dari sebarang gangguan. Sesungguhnya Allah swt sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan.
#Sabda Nabi saw:
مَنْ قَالَ يعنِي إِذَا خَرَج مِنْ بيْتِهِ: بِسْم اللَّهِ توكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلا حوْلَ وَلا قُوةَ إلاَّ بِاللَّهِ، يقالُ لهُ هُديتَ وَكُفِيت ووُقِيتَ، وتنحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
“Sesiapa yang membaca ketika dia keluar daripada rumahnya:
بِسْمِ اللَّهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah. Maka malaikat akan berkata kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, keperluanmu sudah dicukupi dan kamu telah diberikan perlindungan. Maka syaitan pun lari daripada orang itu" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)
#Dalam hadis yang lain:
مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ
“Sesiapa yang mengucapkan selepas solat Subuh dalam keadaan masih berlipat kedua kakinya (duduk tahiyat akhir) dan masih belum bercakap-cakap:
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيت،ُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu"… sebanyak 10 kali, maka dituliskan baginya 10 pahala, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan diangkat baginya 10 darjat. Pada hari tersebut dia akan dilindungi daripada perkara yang dibencinya dan dipelihara : t ydaripada syaitan. Tidak ada dosa yang membinasakannya dan membatalkan amalannya pada hari tersebut kecuali (jika dia) syirik kepada Allah” (HR at-Tirmizi)
#Sabda Nabi saw lagi:
مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، أُجِيرَ مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى يُمْسِيَ
“Sesiapa yang membaca pada waktu pagi:
أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
"Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam" dia akan dilindungi daripada syaitan sehingga waktu petang" (Riwayat Ibnu as-Sunni)
♡Jom sama-sama amalkan dan jadikan amalan harian disamping bertawakkal kepada Allah swt. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah swt daripada gangguan syaitan dan kecelakaan. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment