☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawwal 1444H☆
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]
#Diantara perkara yang menyebabkan ibadah korban tidak sempurna ialah kecacatan pada haiwan yang dikorbannya.
#Diriwayatkan daripada Sayidina al-Bara’ bin ‘Azib r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي
“Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya” (HR Abu Daud)
#Imam an-Nawawi menjelaskan jenis-jenis kecacatan yang ketara pada binatang yang tidak menepati syarat-syarat korban. Antara syarat haiwan korban mestilah selamat daripada aib mahupun aib yang boleh mengurangkan dagingnya. Oleh yang demikian, tidak sah binatang sembelihan korban yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Sangat kurus
2. Gila
3. Putus sebahagian telinga
4. Tempang
5. Buta sebelah mata
6. Sakit
7. Kudis yang sedikit tidak sah dijadikan haiwan korban menurut pendapat mazhab Syafi’i.
#Namun tidak terjejas yang sedikit aibnya seperti berikut:
1. Ketiadaan tanduk-tanduk,
2. Koyak telinga
3. Tebukan telinga.
#Menurut Darul Ifta’ Mesir: "Sah korban sekiranya terkoyak pada telinga haiwan yang tidak melebihi satu pertiga, ataupun berlaku tebukan yang tidak dianggap besar".
#Menurut Darul Ifta’ Fatwa Jordan: "Sah korban sekiranya terdapat koyak atau tebukan pada telinga haiwan kerana tidak berlaku sebarang pengurangan pada daging".
♡Ibadah korban disyariatkan bagi mereka yang mampu menunaikannya sebagai tanda syukur ke atas segala nikmat rezekiNya. Maka pastikan ibadah yang kita sempurna dan diterima Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment