Friday, 5 May 2023

 https://t.me/JiwaTarbawi/1208

Jiwa Tarbawi, [May 2, 2023 at 17:21]

JIWA TARBAWI 844


Meneruskan semangat dan ‘feeling’ Ramadhan ..


Dari ’Aisyah –radhiyallahu ’anha-, beliau mengatakan bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda,


أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ


”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”


(HR. Muslim, 783)


Justeru, amalan-amalan yang perlu dididik agar berterusan selepas Ramadhan:


 1. Solat berjamaah.


Terutamanya solat fardhu subuh, maghrib dan isya’.


عن عُثْمَان بْنِ عَفَّانَ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

(رواه مسلم، ١٠٤٩)


Dari Usman bin Affan berkata, Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: 


"Barangsiapa salat isya` berjama'ah, seolah-olah ia salat malam selama separuh malam, dan barangsiapa salat subuh berjamaah, seolah-olah ia telah salat seluruh malamnya."


(HR Muslim, 1049)


 2. Mendekati dan mengimarahkan masjid atau surau.


Kunjungilah masjid atau setiap hari samaada untuk solat atau menghadiri majlis-majlis ilmu.


فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ ‎﴿التوبة: ١٠٨﴾‏


Di dalam Masjid itu ada lelaki-lelaki yang suka menyucikan dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri”.


فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ ‎﴿النور: ٣٦﴾‏


Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, (36)


(An Nur:36)


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ ‎﴿التوبة: ١٨﴾‏


Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (18)


(At Taubah: 18)


Diriwayatkan Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: 


“Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa berulang ke masjid, maka saksikanlah, bahawa ia benar-benar beriman”.


 (HR Tirmizi)


مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً


” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.”


(HR Muslim, 1553)



من صلَّى لِله أربعين يومًا في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كَتبت له بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. 

(رواه الترمذى)


Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.


(HR Tirmizi)


 3. Solat tahajjud.


Lakukanlah walaupun 2 rakaat tahajjud sebelum masuk waktu subuh.


وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ‎﴿الإسراء: ٧٩﴾‏


Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (79)


(Al Isra’: 79)


Dari Abu Hurairah, Rasulullah ‎ﷺ  bersabda,


أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ


“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik salat setelah salat wajib adalah salat malam.”


 (HR. Muslim,1163)


 4. Solat witir.


Boleh dilakukan selepas solat fardhu isya’ ataupun selepas tahajjud.



https://t.me/JiwaTarbawi/1209

Jiwa Tarbawi, [May 2, 2023 at 17:21]

Dari Abu Bashrah al-Ghifari Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah ‎ﷺ  bersabda:


إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، وَهِيَ الْوِتْرُ، فَصَلُّوْهَا فِيْمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ إِلَى صَلاَةِ الْفَجْرِ.


‘Sesungguhnya Allah telah memberi kalian tambahan solat, iaitu solat Witir, maka solat Witirlah kalian antara waktu solat ‘Isya’ hingga solat Shubuh.'”


 (HR. Ahmad)


 5. Ada masa bersama Al Quran.


Jadualkanlah membaca dan mentadabbur Al Quran setiap hari walaupun dapat satu muka surat sehari. Jadikanlah dirimu sahabat Al Quran.


اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه (رواه مسلم ،804)


" Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang pada Hari Qiyamah sebagai pemberi syafaat kepada sahabatnya (pembacanya)".


(HR Muslim, 804)


 6. Bersedekah.


عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللّٰـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلَامَـى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ : تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِـيْ دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا ، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَـمْشِيْهَا إِلَـى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَتُـمِيْطُ اْلأَذَىٰ عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ. (رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ) 


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu,  ia berkata, “Rasulullah ‎ﷺ  bersabda, “Setiap persendian manusia wajib bersedekah pada setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya: engkau berlaku adil kepada dua orang (yang bertikai/berselisih) adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaikannya ke atasnya haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau jalankan menuju (ke masjid) untuk solat adalah sedekah, dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.’” 


[HR Bukhâri dan Muslim]


 7. Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.


Dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ‎ﷺ  bersabda,


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


“Barangsiapa yang berpuasa (di bulan) Ramadhan, kemudian dia mengikutkannya dengan (puasa sunat) enam hari di bulan Syawwal, maka (dia akan mendapatkan pahala) seperti puasa setahun penuh.”


(HR Muslim,1164)


Semoga Ramadhan sentiasa ada di dalam jiwamu.



ABi


No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...