☆Tadabbur Kalamullah 13 Syawwal 1444H☆
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]
#Ibadah korban yang sempurna ialah memastikan binatang untuk dijadikan korban mestilah terbaik, sihat, sempurna dan selamat daripada aib atau kecacatan yang mengurangkan dagingnya.
#Imam an-Nawawi menyebutkan ijma’ tentang perkara ini dengan berkata:
وَأَجْمَعُوا عَلَى اسْتِحْبَابِ اسْتِحْسَانِهَا وَاخْتِيَارِ أَكْمَلِهَا
"Para ulamak bersepakat terhadap galakkan untuk memilih haiwan korban yang terbaik dan yang sempurna" (Lihat: Syarh an-Nawawi ‘ala Muslim)
#Selain itu, dilarang memilih binatang yang cacat dan kurang dagingnya. Imam an-Nawawi rahimahullah:
وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما
"Syaratnya (haiwan yang dijadikan binatang korban) ialah mestilah bebas daripada aib yang menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang" (Lihat: Minhaj al-Talibin)
#Berdasarkan perbahasan diatas, pandangan muktamad mazhab as-Syafie adalah tidak sah untuk menjadikan haiwan yang hamil sebagai binatang korban. Hal ini kerana keadaan tersebut akan mengurangkan daging bagi haiwan korban itu, justeru ia dikira sebagai satu aib yang menyebabkannya tidak boleh dijadikan korban.
#Dijelaskan lagi oleh Imam Syamsuddin ar-Ramli di dalam kitabnya, Nihayat al-Muhtaj:
وَقَضِيَّةُ كَلَامِهِ عَدَمُ إجْزَاءِ التَّضْحِيَةِ بِالْحَامِلِ لِأَنَّ الْحَمْلَ يُهْزِلُهَا وَهُوَ الْمُعْتَمَدُ
"Maksud daripada kata-kata pengarang (Imam an-Nawawi) ialah tidak sah korban haiwan yang hamil kerana keadaan hamil tersebut mengurangkannya (tidak cukup syarat). Pandangan ini merupakan pandangan muktamad".
♡Pastikan binatang yang dibuat korban ialah binatang yang sihat, tidak cacat, tidak hamil, banyak daging, sempurna dan terbaik. Moga Allah menerima ibadah korban kita. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment