Wednesday, 3 May 2023

 https://t.me/tadabburkalamullah/2949

Tadabbur Kalamullah, [May 1, 2023 at 22:45]

☆Tadabbur Kalamullah 11 Syawwal 1444H☆


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ


"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa" [Surah al-Maidah 27]


#Sehari dua ni timbul persoalan berkaitan pelaksanaan korban untuk si mati. Berkaitan isu ini, berlaku khilaf di kalangan fuqahak. Terdapat beberapa perbahasan, antaranya; 


1. Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat as-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:


“Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat: Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh)


2. Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian as-Syafi’ieyyah.


#Dalam Matalib Uli al-Nuha menyebutkan: "Sembelihan korban buat si mati adalah afdhal daripada yang hidup kerana yang mati itu memerlukan kepada ganjaran pahala dan lakukan (sembelihan) sepertimana untuk yang hidup dari segi makan, sedekah dan hadiah”.


3. Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah.


#Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulamak, pendapat yang pertama, pendapat kebanyakan Syafi’eyyah diguna pakai di Malaysia yang bermazhab Syafie iaitu jika ingin melakukan korban untuk si mati mesti adanya wasiat dari si mati (sebelum meninggal dunia) untuk melakukan korban buat dirinya.


#Namun, kita juga tidak menafikan pendapat sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak memerlukan kepada wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili Hafizahullah yang mana menyebutkan: 


“(Dan dikatakan) sah hukumnya sembelihan bagi si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah maka sahlah juga bagi si mati dan ianya memberi manfaat buatnya” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e)


♡Oleh itu, bagi yang ingin melakukan ibadah korban bagi simati maka ada pendapat yang membolehkan dengan adanya wasiat dari si mati dan ada pendapat yang membolehkan tanpa perlu wasiat dari si mati. Maka berlapang dadalah dalam menangani isu ini tanpa perlu sebarang perbalahan dan ketegangan. Laksanakanlah ibadah ini dengan ilmu dan keikhlasan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



https://t.me/tadabburkalamullah/2950

Tadabbur Kalamullah, [May 3, 2023 at 00:00]

☆Tadabbur Kalamullah 12 Syawwal 1444H☆


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ 


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]


#Kita diperintahkan untuk solat dan mengerjakan ibadah korban.


#Berkaitan kesempurnaan ibadah korban, selain memilih haiwan yang besar, banyak daging dan tidak cacat, pemilihan berkaitan warna binatang korban juga penting.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, beliau berkata:


قَالَ: ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا


“Rasulullah saw berkorban dengan dua ekor jantan kibasy (kambing biri-biri) putih kehitaman lagi bertanduk, Baginda menyembelih keduanya dengan tangannya, lalu mengucapkan basmallah serta bertakbir, dan Baginda meletakkan kakinya di antara leher dan badan kedua haiwan tersebut" (HR al-Bukhari dan Muslim)


#Imam al-Munawi menyatakan الْأَمْلَحُ (amlah) ialah  warna  putih dan hitam yang mana putihnya lagi banyak atau disebut  الأغبر (aghbar) atau warna hitam di celah bulunya dan warna putihnya bersih seperti garam   atau atasnya warna kemerahan. Pemilihan sifat warna haiwan tersebut kerana elok penampilannya atau kerana banyak lemak dan dagingnya. Justeru itu, orang yang melaksanakan ibadah korban mestilah memilih jenis haiwan yang paling terbaik, sempurna fizikalnya dan paling gemuk.


#Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim menyatakan pemilihan haiwan korban mengikut  keutamaan warna:


اسْتِحْبَابُ اسْتِحْسَانِ لَوْنِ الْأُضْحِيَّةِ وَقَدْ أَجْمَعُوا عَلَيْهِ قَالَ أَصْحَابُنَا أَفْضَلُهَا الْبَيْضَاءُ ثُمَّ الصَّفْرَاءُ ثُمَّ الْغَبْرَاءُ وَهِيَ الَّتِي لَا يَصْفُو بَيَاضُهَا ثُمَّ الْبَلْقَاءُ وَهِيَ الَّتِي بَعْضُهَا أَبْيَضُ وَبَعْضُهَا أَسْوَدُ ثم السوداء


“Fuqaha mazhab Syafi’i menyatakan sunat memilih haiwan korban berdasarkan warna yang terbaik dan mereka bersepakat tentang perkara itu. Menurut ulama kami bahawa warna yang paling afdal haiwan sembelihan korban ialah putih, kemudian warna kuning, seterusnya warna kelabu iaitu tidak putih bersih, kemudian warna al-balqa’ iaitu sebahagian warna putih dan sebahagian warna hitam (belang) kemudian warna  hitam".


#Manakala fuqaha al-Bujairimi menambah warna merah dalam susunan keutaman pemilihan warna haiwan korban:


وَأَفْضَلُهَا الْبَيْضَاءُ ثُمَّ الصَّفْرَاءُ ثُمَّ الْعَفْرَاءُ ثُمَّ الْحَمْرَاءُ ثُمَّ الْبَلْقَاءُ ثُمَّ السَّوْدَاءُ


“Mengutamakan haiwan korban berwarna putih, kemudian kuning, kelabu, merah, seterusnya warna belang putih hitam dan hitam".


#Kesimpulannya, pemilihan warna haiwan korban disunatkan mengikut keutamaan seperti berikut:


1. Putih

2. Kuning

3. Kelabu

4. Merah

5. Belang putih dan hitam

6. Hitam


♡Lakukan ibadah korban dengan pelaksanaan yang terbaik dan mendatangkan pahala yang berganda-ganda. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



https://t.me/tadabburkalamullah/2951

Tadabbur Kalamullah, [May 4, 2023 at 00:39]

☆Tadabbur Kalamullah 13 Syawwal 1444H☆


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ 


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]


#Ibadah korban yang sempurna ialah memastikan binatang untuk dijadikan korban mestilah terbaik, sihat, sempurna dan selamat daripada aib atau kecacatan yang mengurangkan dagingnya.


#Imam an-Nawawi menyebutkan ijma’ tentang perkara ini dengan berkata:


وَأَجْمَعُوا عَلَى اسْتِحْبَابِ اسْتِحْسَانِهَا وَاخْتِيَارِ أَكْمَلِهَا


"Para ulamak bersepakat terhadap galakkan untuk memilih haiwan korban yang terbaik dan yang sempurna" (Lihat: Syarh an-Nawawi ‘ala Muslim)


#Selain itu, dilarang memilih binatang yang cacat dan kurang dagingnya. Imam an-Nawawi rahimahullah:


وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما


"Syaratnya (haiwan yang dijadikan binatang korban) ialah mestilah bebas daripada aib yang menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang" (Lihat: Minhaj al-Talibin)


#Berdasarkan perbahasan diatas, pandangan muktamad mazhab as-Syafie adalah tidak sah untuk menjadikan haiwan yang hamil sebagai binatang korban. Hal ini kerana keadaan tersebut akan mengurangkan daging bagi haiwan korban itu, justeru ia dikira sebagai satu aib yang menyebabkannya tidak boleh dijadikan korban.


#Dijelaskan lagi oleh Imam Syamsuddin ar-Ramli di dalam kitabnya, Nihayat al-Muhtaj:


وَقَضِيَّةُ كَلَامِهِ عَدَمُ إجْزَاءِ التَّضْحِيَةِ بِالْحَامِلِ لِأَنَّ الْحَمْلَ يُهْزِلُهَا وَهُوَ الْمُعْتَمَدُ


"Maksud daripada kata-kata pengarang (Imam an-Nawawi) ialah tidak sah korban haiwan yang hamil kerana keadaan hamil tersebut mengurangkannya (tidak cukup syarat). Pandangan ini merupakan pandangan muktamad".


♡Pastikan binatang yang dibuat korban ialah binatang yang sihat, tidak cacat, tidak hamil, banyak daging, sempurna dan terbaik. Moga Allah menerima ibadah korban kita. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah


No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...