Monday, 8 May 2023

 ♥️


PANDANGAN MATA HATI


Kata Imam Al Ghazali, “Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya 

akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah SWT.


Dia tidak lagi mengenal selain daripada 

Allah SWT (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana’). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah SWT.


(Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya.


Sesungguhnya wujud itu milik Allah SWT semata-mata, yang mana denganNyalah, 

sekalian makhluk itu wujud.


Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan 

melihat satupun perbuatan, melainkan dia 

melihat Pembuatnya Yang Hakiki (iaitu 

Allah SWT).”

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...