JAGALAH HATI..BERSIHKANLAH SELALU
Kata Imam al-Ghazali
Carilah hatimu ketika membaca al-Quran..Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat..jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati.. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru.....
Kualiti amalan ditentukan oleh kualiti hati..Jika hati kita baik maka amalan atau perbuatan yang dikerjakan itu akan menjadi baik....
Hati yang kering itu basahilah dengan zikrullah..Hati yang koyak itu jahitilah dengan benang bacaan Al-Quran..Hati yang keras itu lembutkanlah dengan madah dan tazkirah.....
Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a : Empat hal yg menyebabkan hati menjadi gelap iaitu perut yg selalu kenyang, bergaul dengan orang yg zalim, melupakan dosa yg telah lalu serta angan angan yg melambung..
Sedangkan empat hal yg menyebabkan hati menjadi bercahaya ialah perut yg lapar agar selalu waspada..bergaul dengan orang-orang yang soleh, mengingati perbuatan dosa yg telah lalu dan tidak berangan angan yg melambung....
Ya Allah ..
Kurniakan kepada kami hati yang bersih, hati yang lurus dan KAU peliharalah daripada kami hati yang terhijab (tertutup)..
Allahumma Aamiin
No comments:
Post a Comment