Monday, 8 May 2023

 DIRI HAKIKI

Begitu juga hal-nya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu.

Banyak nama-nya.

Ada yang merujuknya sebagai Diri Rahsia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain-lain.

Allah pula merujuk-nya didalam Al-Quran sebagai Ruhku yaitu Ruh Al-Qudsi Allah.

Allah SWT juga merujuk-nya sebagai AKULAH RAHSIA-NYA didalam Hadith Qudsi yang telah dinyatakan sebelum ini.

Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yang memilikki Sifat-Sifat Allah Yang Agung.

Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterus-nya menghidupkan sel-sel anggota-anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Pencipta-nya.


'BALUTAN-BALUTAN CAHAYA

Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yang mengetahui sepenuh-nya.

Oleh karena itu RUH-KU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungan-nya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri.


Dari segi ilmu-nya balutan-balutan ini dikatakan sebagai "BALUTAN CAHAYA" mengikut kedudukan alam-nya.

Butiran-nya adalah sebagai berikut:

1). Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai= "BALUTAN CAHAYA LAHUT" dan ia dikenali sebagai "RUH AL QUDSI"

2). Lapisan Kedua ialah= "BALUTAN CAHAYA JABARUT" dan ia dikenali sebagai "RUH SULTANI"

3). Lapisan Balutan Ketiga ialah= "BALUTAN CAHAYA MALAKUT" dan ia dikenali sebagai "RUH RUHANI"

4). Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah= "BALUTAN CAHAYA MULKI" dan ia dikenali sebagai "RUH JASMANI".

Seperti anggota anggota Jasad juga BALUTAN-BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat yang seni-seni yang hanya diketahui Allah.

Ia merupakan Sumber hidup manusia itu sendiri.

🙏🌹❤️

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...