Sunday, 26 November 2023

 

Puasa Hari Putih : Niat & Kelebihan Puasa Sunat Ayyamul Bidh

puasa hari putih

JOM REBUT PAHALA PUASA SUNAT HARI PUTIH!

Selain puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis, Puasa Hari Putih juga termasuk antara puasa sunat yang amat digalakkan dalam Islam. Kalau tak dapat berpuasa setiap Isnin & Khamis, apa kata kita cuba berpuasa sunat TIGA HARI setiap bulan?

Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam.

Nama puasa sunat ini dikenali juga sebagai Puasa Hari Putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Ayyamul Bidh @ Puasa Hari Putih ini untuk makluman bersama.

Apakah Puasa Ayyamul Bidh?

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang kurangnya tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada “ayyamul bidh”, iaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). 

Puasa tersebut disebut “ayyamul bidh” (hari putih) kerana pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.

Lafaz Niat Puasa Hari Putih

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

puasa hari putih

Kelebihan Berpuasa Pada Hari Putih

Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih      (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.

Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)

Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:

صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.

Riwayat Muslim (1162)

Hadith yang lain pula, daripada Abu Dzar RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثاً، فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan.”

Riwayat al-Tirmizi (761)

Begitu juga hadith, daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.

Riwayat Abu Daud (2449)

Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.

Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

Selamat Beramal!

Apa lagi? Jom kita cuba amalkan puasa ni sama-sama ye!

Insya Allah, Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni kita dan menerima segala amalan & taubat kita semua. Aamiin.

Baca juga: 10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa Yang Ringkas & Padat

No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...