Saturday, 25 November 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Awwal 1445H☆


فَإِذَا قَضَیۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمۡۚ 


"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring" [Surah Surah Aali Imran 103]


#Tujuan solat difardukan oleh Allah swt ialah untuk mengingatNya. Ayat ini mengingatkan agar ingatan kepada Allah swt yang dibina melalui solat, dikehendaki berterusan dalam kehidupan sentiasa membataskan diri dengan hukum dan peraturan Allah swt. 


#Kehidupan di luar solat lebih panjang masanya, sama ada sedang berdiri (bekerja), duduk dan baring semuanya terikat ingatannya kepada kepada Allah swt. Berdasarkan ayat ini, tiada sedetik pun bagi manusia, terlepas dari keterikatan dengan mengingati dan melaksanakan syariat Allah swt.


#Sayidina Ibnu Abbas r.huma ketika mentafsir ayat 103 Surah an-Nisa ini menyatakan bahawa setiap ketika siang atau malam, di darat mahupun di lautan, ketika berjalan (musafir) atau ketika bermastautin di kampung halaman, ketika senang mahupun ketika derita, ketika sakit dan ketika sihat segar, ketika duduk seorang diri atau bersama orang ramai mesti ingat kepada Allah swt.


#Pada era kini boleh disebut nama Allah, masa di pejabat menjalankan tugas rasmi, waktu berniaga di pasar raya membeli belah. Di padang ketika bersukan dan riadah, atau di kantin sedang makan minum bersama rakan, ketika di dewan mendengar ceramah atau kuliah agama.


#Ketika duduk di mana sekalipun apabila tidak lupa kepada Allah swt bererti kehidupan harian di setiap detik berada di bawah hukum dan peraturan Allah swt. Jika hukumNya dilanggar bererti ketika itu dia melupai Allah swt. 


#Firman Allah swt:


وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِینَ 


"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai" [Surah al-Aʿrāf 205]


#Dalam ayat tersebut Allah menganjurkan supaya mengingati Allah swt dengan merendah diri, jangan zikir dengan suara yang keras (lantang) kerana Allah swt itu Maha mendengar. Suatu yang paling terlarang ialah jangan lalai, kerana apabila tidak ingat atau lalai kepada Allah swt bererti dia terjebak dalam perangkap syaitan. 


♡Pastikan kita sentiasa ingat Allah swt walau di mana kita berada!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...