Friday, 26 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulkaedah 1444H☆


وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِیُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمࣲ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ 


"Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri (muslihun)" [Surah Hud 117]


#Sesungguhnya manusia suka kepada orang yang soleh (baik) tetapi memusuhi golongan yang musleh (yang mengajak kepada kebaikan/membaiki masyarakat).


#Kaum Quraisy mengasihi Nabi Muhammad saw sebelum baginda diutus menjadi rasul kerana baginda ketika itu seorang yang soleh, tetapi apabila baginda saw diutus menjadi rasul dan bertindak sebagai musleh (membaiki masyarakat), mereka memusuhinya dan menuduhnya pendusta, tukang sihir dan gila.


أَمۡ یَقُولُونَ بِهِۦ جِنَّةُۢۚ بَلۡ جَاۤءَهُم بِٱلۡحَقِّ وَأَكۡثَرُهُمۡ لِلۡحَقِّ كَـٰرِهُونَ 


"Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran" [Surah al-Muʾminun 70]


#Hal ini kerana musleh bertembung dengan hawa nafsu mereka serta kepentingan peribadi mereka. Apabila mereka diajak kepada kebenaran, diajak meninggalkan kesesatan, dinasihati agar meninggalkan kesyirikan, ditegur kerana melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, dihalang daripada melakukan kezaliman, ditegah daripada minum arak, berjudi dan pelacuran serta 1001 perintah dan larangan yang menghalang nafsu dan syahwat mereka, maka mereka mula menentang, memusuhi dan mengancam bunuh kepada para musleh.


#Justeru, para ilmuan berkata: "Seorang musleh lebih disukai Allah daripada 1000 orang soleh kerana dengan musleh Allah pelihara umat dari kebinasaan sedangkan soleh hanya memelihara dirinya sendiri sahaja".


#Lihat! Dalam ayat diatas Allah tidak menyebut 'solihun', tetapi 'muslihun'.


♡Berusahalah menjadi insan yang soleh dan musleh agar kita dipelihara daripada kebinasaan!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Israel-Backed Al Qaeda Terrorists Storm Aleppo Kevin Barrett, Senior Editor December 2, 2024 Become a VT Supporting Member Today Please ke...