Wednesday 24 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulkaedah 1444H☆


ٱتۡلُ مَاۤ أُوحِیَ إِلَیۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ 


"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun)..." [Surah al-ʿAnkabut 45]


#Allah swt memerintahkan hambaNya untuk membaca al-Quran dan mengikuti segala perintah dan larangan yang terkandung di dalam wahyuNya itu serta mengambil pengajaran daripada ayat-ayatNya.


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ


Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” [Surah al-Qamar 17]


#Allah swt sangat menyukai hambaNya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran sehingga khatam serta mengambil peringatan daripadanya.


#Namun begitu, dengan membaca al-Quran sehingga khatam, adakah kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang digelar ahli al-Quran? Ini yang patut kita renung dan muhasabah!!


#Marilah kita hayati kata-kata sentap daripada Imam Abu Bakar al-Ajariy yang menyifatkan ciri-ciri ahli al-Quran. Beliau berkata:


“Himmahnya atau tumpuannya bukan pada ‘bilakah aku hendak khatam surah ini?’. Himmahnya ialah ‘Bilakah aku akan jadi orang yang berhajat kepada Allah semata-mata?’, ‘Bilakah aku akan jadi muttaqin?’, ‘Bilakah aku akan jadi muhsinin?’, ‘Bilakah aku akan jadi mutawakkilin?’, ‘Bilakah aku akan jadi khasyi’in?’, ‘Bilakah aku akan jadi sobirin?’, ‘Bilakah aku akan jadi sodiqin?’, ‘Bilakah aku akan jadi kha’ifin?’, ‘Bilakah aku akan jadi rajin (orang yang mengharap kepada Allah)?’, ‘Bilakah aku akan zuhud di dunia?’, ‘Bilakah aku akan cinta kepada akhirat?’, ‘Bilakah aku akan bertaubat dari semua dosa-dosa?’, ‘Bilakah aku akan mengiktiraf nikmat yang melimpah ruah ruah?’, ‘Bilakah aku akan mensyukuri nikmat-nikmat itu?’, ‘Bilakah aku akan memahami titah Allah?’, ‘Bilakah aku akan memahami apa yang aku baca?’, ‘Bilakah aku akan dapat menewaskan nafsuku?’, ‘Bilakah aku akan bermujahadah mencari redha Allah dengan sebenar-benar mujahadah?’, ‘Bilakah aku akan memelihara lidahku?’, ‘Bilakah aku akan menjaga pandangan mataku?’, ‘Bilakah aku akan memelihara kemaluan?’, 'Bilakah aku akan menghisab diriku?’, ‘Bilakah aku akan menyediakan bekalan untuk hari kepulanganku ke alam baqa?’, ‘Bilakah aku akan redha dengan segala ketentuan Allah?’, ‘Bilakah aku akan benar-benar yakin pada Allah?’, ‘Bilakah aku akan gentar dengan nasihat al-Quran?’, ‘Bilakah aku akan sibuk mengingati Allah sehingga tidak ada masa untukku mengingati yang lain?’, ‘Bilakah aku akan mencintai apa yang dicintaiNya?’, ‘Bilakah aku akan bersedia menghadapi kematian sedang aku tidak mengetahui ajalku?’, ‘Bilakah aku akan berwaspada daripada apa yang peringatkan oleh Tuhanku?’


Apabila kamu tidak menerima nasihat Tuhanmu dan hatimu buta daripada perintah-perintah Tuhanmu, maka kamu seperti orang yang derhaka ketika kamu membaca al-Quran dan mengulang-ulangnya. Sesiapa yang membaca surat daripada raja, tetapi dia enggan membangunkan kerajaannya dan enggan melaksanakan apa yang diperintahkan di dalam suratnya, maka dia hanya sekadar mempelajarinya sahaja tetapi mencanggahi perintahnya. Dan kalau dia tidak mempelajarinya serta tidak menuruti perintahnya, maka dia terang-terangan mempersendakan rajanya dan berhaklah mendapat kemurkaannya.


#Inilah satu peringatan berbisa yang sungguh-sungguh terkena batang hidung kita semua pembaca al-Quran!. Kita hanya sekadar pembaca sahaja. Insafilah, berusahalah untuk tergolong dalam kalangan orang yang benar-benar membaca al-Quran yakni ahli al-Quran.


♡Jika kita benar-benar ahli al-Quran maka fahami dan hadamlah nasihat sentap daripada Imam Abu Bakar al-Ajariy tersebut. Moga Allah kurniakan kesempatan untuk kita benar-benar membaca dengan memahami dan mengikuti kehendak al-Quran. Aamiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Iran’s Nuclear Test or Natural Earthquake? 7 Ottobre 2024 Facebook Twitter WhatsApp Email LinkedIn Telegram Condividi 3.584  Views Origina...