Tuesday 23 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulkaedah 1444H☆


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ یَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ 


"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir" [Surah al-Ma'idah 67]


#Allah swt memanggil Nabi Muhammad saw dengan nama kerasulan (wahai Rasul!) dan memerintahkan agar baginda saw menyampaikan kepada manusia semua risalah yang diutuskan kepadanya. Dan sesungguhnya baginda saw telah melaksanakan apa yang diperintahkanNya dengan sebaik-baiknya.


#Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam al-Bukhari menyatakan bahawa Sayyidatina Aisyah r.ha telah berkata: “Sesiapa yang berkata kepadamu bahawa Nabi Muhammad saw telah menyembunyikan sesuatu daripada apa yang diturunkan Allah kepadanya, maka sesungguhnya dia benar-benar telah berdusta.”


#Imam Ibn Abi Hatim menceritakan apa yang didengar daripada Harun bin ‘Antarah. Dia berkata, ayahnya menceritakan: “Ketika aku berada di sisi Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang seorang lelaki berkata: “Beberapa orang datang kepada kami memberitahu bahawa pada kamu terdapat sesuatu yang tidak dinyatakan oleh Rasulullah kepada orang ramai?” Ibn Abbas berkata: “Tidakkah kamu tahu bahawa Allah swt berfirman: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu..”? Demi Allah! Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mewariskan kepada kami yang hitam dalam yang putih". 


#Sesungguhnya seluruh umat menjadi saksi bahawa baginda benar-benar telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah. Pada perhimpunan agung Haji Wadak, baginda telah mendengar pengakuan dan persaksian para sahabat yang berjumlah kira-kira 40,000 orang tentang kesempurnaan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh baginda. 


#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a, Rasulullah saw telah bersabda semasa menyampaikan khutbah pada hari tersebut: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu bertanggungjawab tentang diriku. Maka apakah yang akan kamu katakan?” Mereka menjawab: “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, engkau telah menunaikan dan engkau telah menasihatkan!” Maka baginda mengangkat jari-jarinya ke langit dan menuding ke arah mereka sambil bersabda:


اللهم هل بلغت؟


“Ya Tuhanku, adakah aku telah menyampaikan?” (HR Muslim)


♡Rasulullah saw telah menyampaikan risalah wahyu Allah dengan sempurna dan lengkap. Tidak ada yang disembunyikan atau diselewengkan. Maka ambillah dan amalkanlah segala ajaran yang disampaikan Rasulullah kepada kita dengan penuh keyakinan dan kesungguhan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  How Israel killed hundreds of its own people on 7 October Asa Winstanley   The Electronic Intifada   7 October 2024 Taking a selfie at the...