Monday 22 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulkaedah 1444H☆


أَفَلَا یَتُوبُونَ إِلَى ٱللَّهِ وَیَسۡتَغۡفِرُونَهُۥۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ 


"Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Maidah 74]


#Setiap kesalahan yang dilakukan manusia, pasti akan dihukum oleh Allah swt. Hukuman tersebut boleh terlaksana sama ada di dunia mahupun di akhirat. Namun, Allah juga masih memberikan peluang kedua bagi mereka yang menyesali tindakan mereka terdahulu. Ia disebut sebagai taubat.


#Jika seseorang manusia itu telah bertaubat daripada melakukan kesalahan, maka Allah pasti akan memaafkannya.


#Daripada Sayidina Abi Sa’id al-Khudri r.a, Nabi saw bersabda: “Iblis berkata: “Wahai Tuhanku, aku akan terus-terusan memperdayakan anak Adam selagi roh-roh mereka berada di dalam jasad-jasad mereka!”


Allah berfirman: “Dan Aku akan sentiasa ampunkan mereka selagi mereka memohon ampun kepadaKu dengan beristighfar!” (HR Ahmad dan lain-lain)


#Diriwayatkan juga daripada Sayidina Abi Umamah r.a, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya malaikat (pencatat amal) sebelah kiri mengangkat qalamnya selama enam jam tidak mencatat dosa seorang muslim yang melakukan kesalahan atau kejahatan. Sekiranya dalam tempoh itu dia menyesal dan beristighfar, dosa itu dicampakkannya (tidak dicatat). Jika tidak, maka dia akan catat satu dosa sahaja!” (HR at-Tabrani dan al-Baihaqi)


#Hadis di atas menunjukkan betapa Allah swt Maha Pengampun akan segala kesalahan hambaNya yang bertaubat. Allah masih menerima penyesalan hambanya dan menerima mereka kembali ke pangkuannya.


قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah az-Zumar 53]


♡Setiap manusia melakukan dosa dan kesalahan, namun pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah swt Tuhan Yang Maha Pengampun sentiasa bersedia mengampuni hamba-hambaNya yang bertaubat. Jom istighfar dan taubat!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Northern Gaza has become a killing field – Day 367 contact@ifamericansknew.org   October 9, 2024 ecocide ,  ethnic cleansing ,  Hezbollah ...