Thursday, 18 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 28 Syawwal 1444H☆


قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ * ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ * لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ * وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ 


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [Surah al-Ikhlas 1-4]


#Surah al-Ikhlas memiliki beberapa kelebihan.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Said al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:


أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ


"Seorang lelaki mendengar seorang lelaki yang lain membaca Qul Huwallahu Ahad dan dia mengulang-ulanginya. Apabila tiba waktu pagi, dia pergi bertemu dengan Rasulullah saw dan menceritakan perkara tersebut kepada baginda. Dia menganggap amalan tersebut hanya kecil sahaja. Maka Rasulullah saw bersabda:

Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, ia menyamai sepertiga al-Quran (HR al-Bukhari)


#Di dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda:


إِنَّ اللهَ جَزَّأَ الْقُرْآنَ ثَلَاثَةَ أَجْزَاءٍ، فَجَعَلَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ جُزْءًا مِنْ أَجْزَاءِ الْقُرْآنِ


Allah membahagikan al-Quran kepada 3 bahagian dan menjadikan Qul Huwallahu Ahad satu bahagian daripada bahagian-bahagian al-Quran" (HR Muslim)


#Para ulamak berbeza pendapat tentang maksud surah al-Ikhlas menyamai sepertiga al-Quran. Sebahagian ulamak memahaminya bahawa pembacanya akan mendapat pahala sebagaimana membaca sepertiga al-Quran. 


#Sebahagian ulamak yang lain memahaminya bahawa surah al-Ikhlas adalah satu pertiga al-Quran dari sudut isi kandungan al-Quran itu sendiri. Ini kerana al-Quran terdiri daripada tiga bahagian; ketauhidan, hukum-hakam dan kisah-kisah. 


#Surah al-Ikhlas mengandungi berkenaan ketauhidan, jadi ia meliputi sepertiga bahagian daripada keseluruhan kandungan al-Quran. 


#Sebahagian ulamak pula tidak memperincikan maknanya dan menyerahkannya kepada Allah swt.


#Diriwayatkan lagi oleh Sayidina Abu Hurairah r.a, katanya:


أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ

 

Aku hadir bersama Rasulullah saw. Lalu baginda terdengar seorang lelaki sedang membaca Qul Huwallahu Ahad Allahus Samad. Maka Rasulullah saw bersabda: Telah dijamin. Aku bertanya: Apa yang telah dijamin? Baginda saw menjawab: "Syurga (baginya)" (HR at-Tirmizi dan an-Nasa’i. Kata at-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih gharib)


♡Jom fahami Surah al-Ikhlas, tadabbur ayatnya serta di amalkan pada setiap masa. Semoga Allah swt mencintai dan merahmati para pengamalnya serta dimasukkan ke dalam syurgaNya. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...