Friday, 12 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 22 Syawwal 1444H☆


وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ


“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalahanmu)” [Surah asy-Syura 30]


#Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah mengatakan: “Tidaklah disandarkan suatu keburukan (kerosakan) melainkan pada dosa kerana musibah itu semua disebabkan kerana dosa" (Lihat: Latha’if Ma’arif)


#Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah mengatakan: “Di antara akibat dari berbuat dosa adalah menghilangkan nikmat dan akibat dosa adalah mendatangkan bencana (musibah). Oleh kerana itu, hilangnya suatu nikmat dari seorang hamba adalah kerana dosa. Begitu pula datangnya berbagai musibah juga disebabkan oleh dosa" (Lihat: Jawabul Kaafi)


#Berkata Sayidina Ali bin Abi Talib r.a:


مَا نُزِّلَ بَلاَءٌ إِلاَّ بِذَنْبٍ وَلاَ رُفِعَ بَلاَءٌ إِلاَّ بِتَوْبَةٍ


“Tidaklah musibah tersebut turun melainkan kerana dosa. Oleh kerana itu, tidaklah musibah tersebut hilang melainkan dengan taubat".


#Berdasarkan dalil-dalil diatas, sudah sepatutnya setiap kita merenungkan hal ini. Ketahuilah bahawa setiap musibah yang menimpa kita, negeri kita dan negara kita adalah disebabkan dosa dan maksiat yang kita lakukan. 


#Betapa banyak kesyirikan bermaharajalela di mana-mana, tradisi dan adat yang bertentangan syarak, pelbagai dosa besar dilakukan tanpa rasa berdosa, ramai yang meninggalkan solat, berleluasa zina, berjudi dan minum minuman keras, konsert dan hiburan yang jelas haram di anjurkan, pembohongan para pemerintah, berleluasa rasuah serta pelbagai dosa yang lain.


#Semua ini mengakibatkan berbagai nikmat lenyap dan musibah tidak kunjung hilang. Insafi dan bertaubatlah!!


♡Marilah kita perbanyakkan istighfar dan taubat kepada Allah swt atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Hentikan segala bentuk maksiat dan kemungkaran, moga Allah hilangkan musibah dan bencana daripada melanda kita semua. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...