Wednesday, 10 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawwal 1444H☆

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ 

"Jadilah pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

[Surah al-A'raf 199]

#Berkata Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Ayat yang mengandungi 3 perintah ini, mengandungi kaedah-kaedah syariat berkenaan perintah-perintah dan larangan-larangan" (Tafsir al-Qurtubi)

#Berkata ulamak lain antaranya Syeikh Tantawi dan Syeikh Nasr as-Sa'di: "Ayat sependek ini  merangkumi nilai-nilai terpenting dalam akhlak kemanusiaan".

#Antara tafsiran ulamak terhadap perintah خُذِ ٱلۡعَفۡوَ ialah mudahkan urusan manusia dan usah bebankan mereka. Kita mesti ada kemahiran untuk memahami tabiat manusia dan mempermudahkan mereka serta berlembut dengan mereka" (Tafsir as-Sa'di)

#Orang yang suka memaafkan orang lain serta hidup menyibukkan diri dengan perkara kebaikan, mereka itu adalah ahli syurga. Firman Allah swt:

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" [Surah Aali Imran 134]

#Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan ayat ini tentang ciri-ciri ahli syurga, antaranya manusia-manusia yang memaafkan orang lain yang berbuat jahat terhadap mereka walaupun mereka sebenarnya boleh sahaja untuk membalas kembali perbuatan jahat tersebut. Keadaan ini menunjukkan kedudukan seseorang yang mempunyai akal yang cerdas, fikiran yang jitu, dan kekuatan mengawal emosi. Perbuatan ini juga lebih hebat daripada sekadar menahan marah, kerana orang yang menahan marah itu boleh jadi masih menyimpan perasaan dendam.

♡Berusahalah untuk memudahkan urusan orang lain serta melakukan segala bentuk kebaikan. Penuhkan catatan amal kita dengan amalan yang terpuji♡

🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...