Sunday 21 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulkaedah 1444H☆


فَمَا بَكَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلسَّمَاۤءُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَا كَانُوا۟ مُنظَرِینَ 


"Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi" [Surah ad-Dukhan 29]


#Imam Ibn Jarir berkata, Sa’eid Ibn Jubair berkata: Ibn Abbas r.a. dikunjungi seorang lelaki, plalu bertanya: “Wahai Abu al-Abbas, apa pendapat anda tentang firman Allah (Surah ad-Dukhan 29)? Adakah langit dan bumi menangis kerana kematian seseorang? Ibn Abbas r.a. menjawab: “Ya! Sesungguhnya tidak ada seorang pun daripada makhluk ini kecuali baginya pintu di langit yang turun darinya rezekinya, yang naik darinya amalnya. Apabila seorang mukmin meninggal dunia, ditutup pintu yang menjadi saluran naik amalnya dan turun rezekinya. Maka dia akan kehilangan, lalu dia menangis. Dan apabila bumi kehilangan musalla tempat dia selalu solat dan berzikir, bumi juga akan menangis. Dan sesungguhnya kaum Firaun, mereka tidak mempunyai kesan-kesan amal soleh di bumi, dan tidak dinaikkan kepada Allah apa-apa kebaikan daripada mereka. Maka langit dan bumi tidak menangis kerana kehilangan mereka".


#Berkata as-Syahid Sayyid Qutub: "Ungkapan dalam ayat ini menggambarkan betapa hina dan tidak bergunanya para diktator yang sombong dan bongkak itu. Tiada seorang pun di langit dan di bumi yang pedulikan mereka, tiada seorangpun yang berdukacita dan berasa kehilangan. Mereka hilang seperti hilangnya semut, sedangkan semasa hidup mereka memijak manusia dengan tapak kasut. Mereka pergi tanpa diiringi rasa sedih. Seluruh dunia membenci dan mengutuk mereka kerana dunia beriman kepada Tuhannya sedang mereka kafir. Mereka adalah ruh-ruh jahat, busuk dan terasing dari alam tempat mereka hidup".


#Sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan kejahatan, kemaksiatan, kezaliman dan kederhakaan saat meninggalnya, langit dan bumi langsung tidak berduka atas kehilangannya. Betapa hina mereka di sisi Allah dan disisi makhluknya. 


#Hal ini berbeza dengan kematian insan-insan bertaqwa lagi soleh. Bumi dan langit akan menangisi kehilangan mereka.


#Imam Sufyan ath-Thauri berkata: “Bumi menangis kerana kematian seorang mukmin selama 40 pagi.”


#Berkata Mujahid rahimahullah: “Tidak mati seorang mukmin kecuali langit dan bumi akan menangis selama 40 pagi.” Dia ditanya: “Adakah bumi menangis?” Dia menjawab: “Adakah kamu hairan? Bagaimana bumi tidak menangis, padahal dia kehilangan seorang hamba yang memakmurkannya dengan rukuk dan sujud? Bagaimana langit tidak menangis, pada hal dia kehilangan seorang hamba yang takbirnya serta tahmidnya berdengung seperti dengungan lebah?”.


#Al-Hafidz al-Musili meriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda: “Tidak ada seorang hambapun kecuali ada baginya dua pintu di langit. Satu daripadanya ialah yang keluar darinya rezekinya dan satu lagi pintu yang darinya masuk amalan dan perkataannya. Apabila hamba itu mati, kedua-dua pintu tersebut akan rasa kehilangan. Maka kedua-duanya menangis.” Lalu dia membaca ayat ini (Surah ad-Dukhan 29).


♡Ketahuilah betapa hinanya golongan kafir di sisi Allah dan di sisi kewujudan ini keseluruhannya. Mengertilah betapa mereka sebenarnya orang-orang terbuang dan tersingkir daripada rahmat Allah swt. Ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan keimanan dan apa-apa ikatan yang baik di sisi Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  CIA, Mossad & Talibans in Jihadist’s New Empire to Use Afghanistan against Iran and Russia 23 Agosto 2021 Facebook Twitter WhatsApp Em...