Monday, 8 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 18 Syawwal 1444H☆


وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ 


"...Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya..." [Surah al-Hujurat 12]


#Di dalam ayat ini jelas berkaitan pengharaman mengumpat sehingga diumpamakan seperti memakan daging saudaranya. 


#Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan ghibah (mengumpat) diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging. Perumpamaan seperti ini sesuai dengan cara orang Arab berkomunikasi. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)


#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ


Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: "Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya". Nabi saw bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya" (HR Muslim)


#Sufyan bin Husain al-Wasitiy menceritakan: "Pada suatu hari aku menyebut keburukan seorang lelaki di hadapan Iyas bin Mu’awiyah al-Mazaniy, Qadhi Basrah. Maka dia memandang tepat ke wajahku dan berkata:


“Adakah engkau telah memerangi Rum?”


Aku menjawab: “Tidak!”


Dia berkata lagi: “Atau engkau telah memerangi Sindh, Hindi dan Turki?” (Negara-negara yang disebutkan itu, pada ketika itu masih belum Islam)


Aku menjawab: “Tidak!”


Maka dia terus merenungku dengan tajam seraya berkata: “Adakah patut negeri Rum, Sindh, Hindi dan Turki selamat dari seranganmu, sedangkan seorang saudaramu yang Muslim tidak selamat?”


Sufyan menyambung ceritanya dengan berkata: “Mulai saat itu aku tidak pernah mengaibkan seseorang pun dari kalangan manusia atau mengumpat mereka!” (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)


♡Jauhi perbuatan mengumpat. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt perlulah menjaga lidah daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia. Ini kerana, ciri atau sifat orang yang beriman adalah sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...