☆Tadabbur Kalamullah 17 Syawwal 1444H☆
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." [Surah Ghāfir 60]
#Berkata Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah:
"Sesiapa yang ditimpa kesusahan kemudian dia berdoa, selayaknya jangan terdetik sedikit pun di hatinya sekiranya doanya lambat tertunai atau tidak tertunai kerana tanggungjawabnya hanyalah berdoa, atau memohon. Dan yang dimohon itu adalah dari Malik Hakim (Raja, Pemilik Yang Maha Bijaksana). Andai Dia tidak menyahut doa kita, maka Dia melakukan sesuatu yang Dia kehendaki di dalam lingkungan apa yang dimiliki dan dikuasaiNya. Andai Dia melewatkan permohonan kita, maka itu menurut hikmah yang diketahuiNya.
Justeru, orang yang mempersoalkan ketentuan yang merupakan rahsiaNya, terkeluar dari sifat kehambaan yang sebenar, suatu percubaan untuk masuk campur dalam urusan yang tidak layak bagi seorang hamba. Kemudian dia hendaklah mengetahui dengan yakin bahawa pilihan Allah untuknya lebih baik daripada pilihannya sendiri untuk dirinya".
#Ketahuilah, andainya seseorang hamba itu selamat daripada mempersoalkan hikmah (kebijaksanaan) Allah dan hukumNya, dan dia yakin bahawa segalanya adalah milikNya yang mutlak, akan tenanglah hatinya sama ada hajatnya tertunai atau tidak.
#Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda: “Tiada seorang muslim pun yang berdoa kepada Allah melainkan dikabulkanNya. Sama ada Dia segerakan, atau melewatkan, atau menyimpannya ke hari akhirat nanti” (HR Ahmad dan al-Bukhari)
#Apabila hamba itu melihat pada hari kiamat nanti, apa yang telah dikabulkan telah tiada lagi dan apa yang belum dikabulkan tetap kekal pahalanya, lalu diapun berkata: "Alangkah beruntungnya sekiranya Engkau tidak kabulkan satupun daripada doaku Ya Allah (di dunia dahulu)".
#Maka fahamilah prinsip ini. Jangan biarkan hati kita dicuri masuk oleh sebarang keraguan atau diburu perasaan ingin segera dikabulkan.
♡Ingatlah, tugas seorang hamba adalah berdoa. Samada cepat atau lambat atau langsung tidak dikabulkan doa, semuanya ada hikmahnya dan rahsiaNya yang kita tidak ketahui. Sentiasalah berdoa, jangan jemu dan jangan berhenti!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment