Saturday, 6 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawwal 1444H☆


إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِینَ هُم مُّحۡسِنُونَ 


"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang melakukan kebaikan" [Surah an-Naḥl 128]


#Untuk seseorang itu mendapatkan rahmat, pertolongan, bantuan dan kedudukan di sisi Allah swt, syaratnya adalah dengan menjadi manusia bertaqwa dan sentiasa berbuat kebaikan kepada sesama makhluk.


#Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati orang mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan” (HR al-Baihaqi)


#Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.a: “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga” (HR at-Tabrani)


#MasyaAllah! Subhanallah!! Melakukan kebaikan kepada sesama mukmin atau muslim, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga. Siapa yang tidak bahagia dan gembira apabila mengetahui dia akan mendapat balasan syurga?


#Oleh itu, wahai ibu dan ayah! Lakukanlah kebaikan kepada anak-anak dengan menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada mereka yang tiada sempadan.


#Ayuh wahai anak-anak! Lakukanlah kebaikan dan bahagiakanlah ibu bapamu dengan bakti dan ihsan sedaya mampu, sama ada mereka masih hidup atau telah berangkat ke alam abadi.


#Wahai para suami! Bahagiakan isteri dengan belaian mesra dan kata-kata yang indah lagi memberangsangkan.


#Wahai para isteri! Lakukanlah kebaikan dan bahagiakan suami dengan wajah yang ceria dan layanan seikhlas hati sanubari.


#Wahai kaum muslimin dan muslimat! Buatlah kebaikan dan bahagiakan saudara-saudaramu dengan sentiasa menghulurkan sedekah yang paling mudah, tetapi sangat besar nilainya. Ketika bertemu hadiahkan sekuntum senyuman yang paling manis yang terbit dari tangkai hati yang ikhlas serta mengharap redha Ilahi.


#Wahai hamba Allah, bagi sesiapa yang berkemampuan di sana sini terdapat saudara kita yang menangis kelaparan, yang merengkuk kesejukan, yang terseksa siang dan malam diburu kezaliman musuh yang tidak berperi kemanusiaan, bantulah mereka semampu yang boleh. Moga syurga balasannya.


♡Sama-samalah kita hulurkan bantuan, lakukan kebaikan dan raihlah kebahagiaan seperti yang dijanjikan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...