Thursday, 4 May 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 14 Syawwal 1444H☆


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ 


"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]


#Ibadah korban merupakan satu ibadah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dengan menyembelih haiwan ternakan yang ditentukan syarak pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik. 


#Syariat telah menentukan bahawa haiwan korban mestilah disembelih supaya halal untuk dimakan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


#Antara syarat-syarat bagi seorang penyembelih itu mestilah beragama Islam. Dr. Muhammad Zuhaili menyebut di dalam karyanya:


أن يكون الذابح مسلما أو كتابيا


"Sesungguhnya penyembelih itu mestilah seorang yang muslim atau ahli kitab".


#Dr. Muhammad Zuhaili menjelaskan lagi bahawa tidak disyaratkan seseorang penyembelih itu mestilah baligh atau hanya dikhususkan untuk orang dewasa sahaja. Ini jelas bahawa syarak tidak meletakkan had umur tertentu dalam syarat bagi seorang penyembelih untuk menjadikan haiwan sembelihan itu halal dimakan.


ولا يشترط البلوغ فتحل ذبيحة الصبي المميز لأن قصده صحيحة بدليل صحة العبادة منه ان كان مسلما


"Tidak disyaratkan baligh (bagi penyembelih), maka sembelihan kanak-kanak yang mumaiyiz adalah halal dimakan. Ini kerana tujuannya adalah sahih dengan dalil sah ibadah daripadanya  sekiranya dia itu seorang muslim.


#Disebut oleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya: "Begitu juga kanak-kanak (yang belum mumaiyiz, orang gila dan orang yang mabuk) sembelihan mereka halal dimakan (mengikut pandangan yang muktamad), ini kerana secara umumnya mereka mempunyai tujuan dan kehendak. Walau bagaimanapun hukumnya adalah makruh seperti yang disebut di dalam kitab al-Umm.


♡Sebaik-baiknya orang yang melakukan ibadah korban itu menyembelih sendiri binatang korbannya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...