Monday 22 May 2023

 

Malaysia, Ukraine bincang kerjasama dalam pembangunan teknologi angkasa

SELAIN pertemuan secara fizikal, perbincangan turut melibatkan persidangan video antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan State Space Agency of Ukraine (SSAU). di Langkawi hari ini . - Gambar MYSA

MALAYSIA dan Ukraine mengadakan perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam pembangunan bidang teknologi angkasa melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Angkasa Ukraine iaitu State Space Agency of Ukraine (SSAU).

Sesi rundingan dua hala antara kedua-dua pihak itu diadakan di sebuah hotel di Langkawi hari ini yang diadakan sempena penganjuran LIMA’23 di pulau peranginan tersebut.

Dalam sesi tersebut, delegasi MYSA diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Azlikamil Napiah, manakala SSAU ketuai oleh Duta Ukraine di Malaysia, Denys Mykhailiuk.

Malaysia dan Ukraine sebelum ini pernah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama tersebut apabila Duta Besar Malaysia Ke Ukraine, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SSAU, Volodymyr Taftay pada 2021 di Ukraine.

Sementara itu, dalam penganjuran LIMA’23 kali ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA telah memperkenalkan pameran teknologi angkasa buat pertama kali yang turut disertai oleh agensi-agensi angkasa antarabangsa melalui pameran Spacetech Nexus.

Sehubungan itu, pengunjung LIMA berpeluang melihat model-model pesawat angkasa yang dipamerkan oleh agensi angkasa beberapa negara, selain daripada pesawat dan kapal tempur seperti sebelum ini.

LIMA tersebut akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei yang akan membuka peluang perniagaan dan kerjasama antara pelbagai negara dan syarikat melalui sesi perundingan, perbincangan dan perniagaan.

Selain itu, bagi mempromosikan potensi pembangunan ekonomi berasaskan bidang angkasa serantau, peserta juga berpeluang untuk menghadiri sesi perbentangan daripada pakar-pakar bidang tersebut di Langkawi International Space Forum (LISF) 2023!

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

https://utusantv.com/2023/05/22/malaysia-ukraine-bincang-kerjasama-dalam-pembangunan-bidang-angkasa/


No comments:

Post a Comment

  How Israel killed hundreds of its own people on 7 October Asa Winstanley   The Electronic Intifada   7 October 2024 Taking a selfie at the...