Monday, 8 May 2023

 HAMBA FAKIR HINA 


Apabila kita Mengenali Diri kita ini kita akan mengetahui bahawa Diri kita ini tiada daya upaya dan tiada kekuatan. Dan kita ini adalah Fakir  di sisi Allah Swt.


Kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka Wahai umat manusia, kamulah yang Fakir kepada Allah Swt yang sentiasa berhajat kepada Allah Swt dalam segala perkara sedang Allah Swt Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji..


Apabila kita tiada daya upaya dan kekuatan, maka bagaimanakah kita hendak Mengenali Allah? Dengan kekuatan mana kita dapat Mengenali Allah? Maka difahami di sini, kita sama sekali tak akan mampu untuk Mengenali Allah Swt.


Barang siapa Mengenali Dirinya maka sesungguhnya dia Mengenali Allah Swt

Barang siapa Mengenali Dirinya maka sesungguhnya dia telah menyembah Allah Swt

Barang siapa Mengenali Dirinya maka sesungguhnya dia telah mengingati Allah Swt

Barang siapa Mengenali Dirinya maka sesungguhnya dia telah Sempurna memuji Allah Swt.


Hakikat Diri kita ini adalah tiada daya upaya dan tiada kekuatan. Jika kita menyebutkan bahawa kitalah yang Menyembah Allah, itu adalah terlalu Mustahil, sebab kita tak wujud Sebenar-benarnya dan kita tiada daya upaya dan kekuatan serta kehendak. Maka sewaktu kita bersolat Sebenar-benarnya yang bersolat dan menyembah Allah itu adalah Allah sendiri. Allah lah yang menyembah Diri-Nya sendiri. Kita hanya Alat sahaja. Seumpama sebatang pena yang digunakan oleh penulis untuk menulis sajak atau puisi Memuji Dirinya.. Sebagai pena yang digunakan oleh penulis, tak layak mendabik dada mengatakan bahawa pena lah yang menulis semua puisi dan sajak itu. Kerana pena itu jika penulis tak angkat dan tak gerakkannya masakan dia boleh menulis?

Begitulah dengan diri kita ini tak ada kekuatan dan kehendak sewaktu kita mampu berdiri dan menggerakkan anggota kita melakukan semua amalan dalam solat, sebenarnya kekuatan dan kehendak itu adalah milik Allah..

Maka begitulah dengan nak Mengenal Allah. Mana mungkin kita dapat Mengenal Allah dengan kekuatan ingatan kita.. Kita mana ada kekuatan ingatan sebab kita tak wujud dan tiada daya upaya. Maka Allah lah Yang Mengenali Dirinya Sendiri. Sebagaimana Allah lah yang Menyembah Dirinya Sendiri dan kita ini adalah alat atau tool yang Dia gunakan untuk memuja, memuji dan menyembah Allah

Sebenarnya bukannya kita yang Mengenali Allah, sebagaimana bukannya kita yang Menyembah dan memuji Allah. Yang Mengenal, memuja, memuji dan mengabdikan Diri itu adalah Allah jua..

Maka oleh kerana itu, kita hendaklah menyerah kembali segala-galanya kepada Allah. Dalam Arti kata jangan kita mengaku bahawa kitalah yang mengenal mengingat, Menyembah Allah.Kita tak layak memakai pakaian Allah. Hanya Allah sahaja yang layak Mengenali Diri-Nya bukannya kita yang Mengenali Diri-Nya...


Apabila kita sampai ke garisan penamat Ilmu Makrifat ini, dan kita rasa bahawa kita tiada daya upaya, maka meletup dan meledak La hawla Wala Quwwata illa billah..  Dengan sebab itu maka lahirlah ucapan yang tidak difahami oleh orang awam, iaitu ucapan : AKU TIDAK ADA AKU MANA ADA BUKAN AKU YANG BAWA KERETA ITU, ALLAHLAH YANG MEMANDU KERETA ITU..


Ucapan-ucapan seperti ini jika didengar oleh orang yang jiwanya sarat dengan Cinta kepada Dunia dan bencikan maut, akan muncullah dari bibir mereka tuduhan melulu terhadap orang yang mengucapkan ucapan yang karam dalam Wajah Allah ini. Seumpama tuduhan sesat, gila, menyeleweng dan sebagainya...


Kalam Makrifat ini terlalu halus untuk dimengertikan oleh orang awam. Kerana terlalu halus hingga menyebabkan mata hatinya tidak dapat memandang dan melihat pengertian sebenar ucapan dari mereka yang sudah karam dalam Zauq terhadap Allah. Zauq dalam wajah Allah..


Siapa yang tak pernah rasa tidak akan mengetahui

Sebab itu jangan menuduh sewenang-wenang kalam yang terbit dari mulut Al-Ariffin Billah...

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...