ADAB BERSAMA MURSYID
Zikir atau selawat yang diterima drp Guru Murysid yang benar memiliki barakah ( energi ) , ia membawa ke arah ketenangan, pembersihan hati dan terbukanya hijab...
Namun jika sang murid tiada menanggalkan baju kesombongan atau keakuan diri disebabkan kekayaan , pangkat , ilmu , pengaruh dan lain-lain di hadapan Mursyidnya atau melakukan kesalahan adab sesama insan , ia tidak akan mendapat apa2 hasil walaupun banyak zikir dan selawatnya..
Justeru itulah , jangan melihat akan banyak amalnya , hampirnya atau lamanya seseorg itu dengan Mursyidnya, ia bukan ukuran pada jalan sufi..
Ini adalah kerana Allah tiada peduli pada amal, dekat atau lamanya ia. Allah hanya campakkan Nurnya pada hati yang faqir dan yang dicintai-Nya walaupun si murid tersebut bukanlah org yg hampir dengan Gurunya, bukan alim atau pun sedikit amalnya..
Para Mursyid adalah Kekasih Allah , sesiapa yang tidak beradab dengan mereka samada di hadapannya atau dibelakangnya, tiada apapun yang diperolehinya lantaran ilmu mereka adalah limpahan yang hanya jatuh pada hati yang faqir dan halus adabnya..
Sekalipun Mursyid melayani seorang murid itu dengan baik , tak semestinya murid tersebut dicintainya tetapi bersabar dengannya itulah adab n jln yg terbaik agar si murid itu sentiasa dalam kerahmatan Allah. Memarahi atau berjauhan dengannya itu akan lebih merosakkan si murid tersebut..
***
No comments:
Post a Comment