☆Tadabbur Kalamullah 29 Ramadhan 1444H☆
وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ * إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dany mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" [Surah Al-ʿAṣr 1-3]
#Terdapat satu pandangan yang menyebut bahawa perkataan (الْعَصْرِ) itu merujuk kepada kalimah ‘asir (عصير). Ia juga memberi maksud perahan atau minuman yang diperah seperti air tebu, air mangga dan lain-lain. Ini memberi makna sifat perahan adalah menghabisi sehingga tinggal hanya hampas seperti batang tebu yang telah diperah airnya yang dimasukkan dalam mesin perahan beberapa kali.
#Oleh itu, dalam bahasa yang simbolik, “Wahai manusia, gunakan masa yang ada pada kamu dan perahlah ia dengan sehabisnya untuk bekalan kamu di hari akhirat kelak kerana dunia destinasi yang sementara sedangkan akhirat itulah matlamat yang bersifat kekal abadi.”
#Justeru, janganlah kita alpa dengan masa yang berbaki agar apabila tiba masanya kita tidak termasuk dalam nas yang menyebutkan: “kebanyakan manusia berada dalam kerugian".
#Sebulan Ramadhan hanya ada 29 atau 30 sahaja. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Adakah masa sebulan ini dibazirkan begitu sahaja ataupun diisi dengan aktiviti ketaatan?.
#Berapa kali kita berjaya khatam al-Quran atau berapa juzuk yang berjaya ditilawahkan disepanjang Ramadhan ini?
#Adakah pada setiap malam kita menunaikan solat terawih terutama berjemaah di masjid surau?
#Adakah kita melakukan ibadah tambahan seperti solat witir, tahajjud, dhuha dan solat sunat yang lain dengan sempurna dan istiqamah pada setiap malam?
#Berapa banyak nilai sedekah, wakaf dan infaq yang kita laburkan di dalam bulan barakah ini?
#Adakah kaki kita sentiasa melazimi dan melangkah ke masjid bagi melakukan solat berjemaah kerana kita ketahui pahalanya cukup besar di sisi Allah swt?
#Berapa banyak pahala yang kita kumpul di sepanjang Ramadhan ini?
#Pantasnya masa berlalu, kita sudah berada di penghujung Ramadhan, hanya kita yang boleh menilai iman dan taqwa kita disepanjang bulan mulia ini samada kita menjadi hamba Allah atau sekadar melalui Ramadhan tanpa sebarang kebaikan.
#Ingatlah, duit yang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang walau seminit boleh buat kita menyesal seumur hidup kerana mensia-siakannya.
#Berkata Ghanim bin Qais:
كُنَّا نَتَوَاعَظُ فِي أوَّلِ الإِسْلاَمِ: اِبْنَ آدَم، اِعْمَل فِي فَرَاغِك قَبْلَ شُغْلِكَ، وَفِي شَبَابِكَ لِكِبَرِكَ، وَفِي صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَفِي دُنْيَاكَ لِآخِرَتِكَ. وَفِي حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
“Di awal-awal Islam, kami saling menasihati: "Wahai manusia, beramallah di waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu, beramallah di waktu mudamu untuk datang masa tuamu, beramallah di kala sihatmu sebelum datang sakitmu, beramallah di dunia untuk akhiratmu, dan beramallah ketika hidup sebelum datang matimu” (Lihat: Hilyatul Auliya)
#Ingatlah bahawa tujuan hidup kita adalah untuk ibadah. Firman Allah swt:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" [Surah az-Dzariyat 56]
♡Selamat bermuhasabah dan lakukan pecutan terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita semua. Ini kerana belum tentu tahun depan kita dapat bertemu lagi dengannya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment