Sunday, 30 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawwal 1444H☆


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ


"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa" [Surah al-Maidah 27]


#Sambung perbincangan berkaitan tuntutan pelaksanaan ibadah korban.


#Kebanyakan ulamak berpendapat bahawa hukum menunaikan ibadah korban adalah sunat muakkad. Maka makruh bagi ses Giapa yang berkemampuan tidak melakukan ibadah korban.


#Sayidina Abdullah Ibnu Umar r.huma menegaskan:


ليست بحتم ـ ولكن سنة ومعروف


"Melaksanakan ibadah korban bukan suatu kewajipan. Namun hanya sunnah yang ma’ruf” (Ahkam al-Quran, al-Jasshos)


#Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan hal ini dengan berkata bahawa:


وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ


"Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan".


#Bagi sesiapa yang mempunyai lebihan keperluan bagi diri dan ahli keluarganya pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), maka dia termasuk golongan yang berkemampuan dan disunatkan untuk melaksanakan korban daripada harta yang dimilikinya itu. Adapun jika tidak mempunyai keperluan yang cukup bagi hari-hari yang disebutkan, maka dia dikira tidak berkemampuan dan tidak disunatkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.


#... Bersambung...


♡Laksanakanlah ibadah korban dengan ilmu dan keikhlasan. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh yang lumayan ganjarannya. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Zbigniew Brzezinski: How to Justify a “Defensive War” against Iran? Transcript of Testimony to the Senate Foreign Relations Committee Edit...