Thursday 27 April 2023

 

Yogurt Dan Greek Yogurt? Ketahui 17 Fakta Sebenar

Harga asal ̶R̶M̶3̶9̶0̶ kini RM49 sahaja! JIMAT 87%

Kalau orang dulu dulu.

Pantang bagi minuman manis dekat anak anak.

Mungkin sebab dulu nak beli tiada duit.

Lagi satu, tak banyak lagi produk macam ini.

Sebut lagi pasal minuman manis.

Kalau minuman yogurt probiotik?

Ramai suka minuman berkultur macam gambar di bawah.

Rela belikan berpek pek untuk anak.

Paling sedih, ia jadi pengganti minuman sarapan.

Tak sampai sehari dah habis satu pek.

Perasan tak bila minum, memang boleh rasa manisnya.

Takkanlah tak letak gula?

Nak hasilkan air kultur atau susu masam macam di atas.

Agar sedap diminum, banyak gula perlu dibubuh.

Perasan lagi tak minuman kultur ada banyak perisa buah.

Setiap perisa tu berbeza kandungan gula. Tahu tak tahu?

Contoh dalam jenama V*t*g** berperisa original.

1 botol ada 13.4g sehingga 15.4g gulabersamaan 2 3/4 sudu teh.

Berbeza pula dengan perisa oren.

Ada 15.4g gula bersamaan 3 sudu teh gula.

Minuman sebegini tak haram jangan risau.

Tapi saya ‘haramkan’ untuk diri sendiri dan untuk anak anak.

Nak sihatkan penghadaman anak boleh.

Nak bekalkan kebaikan Lactobillus tiada masalah.

Pastikan kandungan gula sikit.

Kalau nak yang terbaik, bagi anak amal Greek yogurt.

Kepala rasa pusing? Pening berputar?

Berdenyut sampai hilang keseimbangan? Ambil Greek yogurt.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017.

Kajian dapati probiotik dalam GY atasi cirit-birit, sembelit dan penyakit usus.

Pengambilan GY ketika berpuasa sangat digalakkan.

Boleh ambil ketika sahur bersama buah segar.

Kajian tahun 2016 dalam jurnal Nutritional Neuroscience pun menarik.

Kajian sebut mereka yang ambil 100g GY yang ada probiotik sehari dapat:

  • Kurang depression
  • Turunkan anxiety
  • Redakan stress

GY ialah sumber lean protein – ada kurang dari 10g jumlah lemak dan kurang 5g lemak tepu.

Untuk setiap 100g saiz hidangan.

Lean protein penting untuk:

  • Rangsang kadar metabolisma
  • Sokong fungsi otak
  • Bina otot dan kurangkan lemak
  • Turunkan kolesterol

Soalnya kenapa Greek Yogurt?

Cara GY dibuat hampir sama dengan yogurt lain.

Cuma ada langkah ekstra iaitu air dan lactose (sejenis gula) dikeluarkan.

Jadikan GY lebik berkrim dan pekat.

GY sangat bagus untuk tulang, rambut, darah, otot, kulit dan kartilaj manusia.

Kebaikan ini diperolehi dari protein yang terdapat dalam GY.

GY juga sarat dengan kalsium.

GY bekalkan 18.7g kalsium yang diperlukan oleh tubuh.

GY juga termasuk dalam kategori probiotik.

Unsur penting untuk usus. Probiotik banyakkan bakteria baik dalam usus.

Apabila bakteria baik kurang, usus meragam. Otak juga jadi lembab.

GY juga ada iodin. Penting untuk kesihatan thyroid dan tingkatkan metabolisma.

Makanan wajib ambil kalau nak kuruskan badan.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak makan?

Boleh ambil begitu sahaja atau campur dengan:

  • buah segar
  • kekacang
  • buah kering
  • chia seeds dan
  • madu

Nak buat minuman cerdik untuk mulakan hari pun boleh.

Kasi turbo power kat otak sikit.

Hanya perlu 4 bahan saja. Campur bancuh. Simple.

Bahan:

  • 1 sachet Vegan atau Coco OCOC
  • 1 biji pisang ranum
  • Setengah sudu Greek yogurt
  • 1 sudu makan MCT Oil
  • 1 cawan air

Kisar semua bahan dalam blender. Letak dalam peti sejuk.

Boleh dapatkan di sini:

Dark Chocolate OCOC (Susu Kambing)

Dark Chocolate Vegan (Santan)

Minyak MCT

#DrRizal

No comments:

Post a Comment

  Royal Family of the United States These satanists are actually some of Trumps secret handlers. After all the satanic trash the Bushs did t...