Saturday, 29 April 2023

 Dr. Ahmad Sanusi Azmi:

Menjadi Mulia dengan al-Quran

=========

1. Andai kita ingin menjadi orang yang terbaik di sisi Rasulullah, maka pelajarilah al-Quran dan ajarkan ilmu al-Quran kepada orang lain. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya:


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ


“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)” (HR al-Tirmizi)


2. Tahukah kita tentang kisah seorang Tabi’i bernama Abu Abdul Rahman al-Sullami? Beliau adalah Tabi’i yang benar-benar mengamalkan hadis yang diungkapkan oleh Baginda Nabi di atas. Beliau menjadi guru al-Quran sejak dari zaman pemerintahan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Dan beliau menegaskan:


وَذَاكَ الَّذِي أَقْعَدَنِي مَقْعدِي هَذَا


Dan hadis inilah yang menyebabkan aku duduk di tempatku ini (selama ini).


3. Tahukah kita bahawa Saidina Abu Musa al-Asy’ari konsisten mengajarkan al-Quran sekalipun setelah dilantik menjadi Gaboner Basrah? Perkara ini direkodkan oleh Ibn Sa’ad yang menyebutkan bahawa Abu Musa mengirim wakilnya untuk menghantar laporan kepada Saidina Umar yang menjadi Khalifah ketika itu. Lalu Umar bertanya kepada wakil datang bertemu dengannya itu:


كيف تَرَكْتَ الأَشْعَرِيَّ؟ فقلتُ له: تَرَكْتُهُ يُعَلِّمُ الناس القرآن


“Bagaimana engkau meninggalkan Abu Musa al-Asy’ari (Gabenor Basrah) (ketika engkau bertolak tadi)?  Wakil itu menjawab: Aku tinggalkan beliau dalam keadaan beliau mengajarkan al-Quran kepada manusia. (Ibn Sa’ad)


4. Oleh yang demikian, pelajarilah al-Quran dan ajarilah al-Quran kepada orang lain. Paling kurang, ajarkan kepada anak-anak kita membaca al-Quran. Kita akan menjadi mulia dengan mengajar al-Quran dan mengamalkannya.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Buat Kesilapan, Segera Beristighfar

========

1. Salah satu daripada sifat orang yang bertakwa ialah mereka itu segera beristighfar setelah melakukan kesilapan. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah yang menyebutkan:


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ


“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…” (Surah Ali Imran: 135)


2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi memetik kata-kata al-Imam Fakhruzrazi yang menyebutkan bahawa, Allah membahagi sifat orang bertakwa kepada kategori. 


3. (Iaitu) Yang pertama adalah yang konsisten melakukan kebaikan (dengan berinfaq dan amal kebaikan). Manakala yang kedua pula adalah mereka mudah tersedar apabila melakukan kesalahan dan segera kembali kepada Allah. Ini menunjukkan bahawa orang yang bertakwa itu juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.


4. Manakala al-Imam Ibn Kathir pula (ketika menafsirkan ayat ini) menukilkan beberapa amalan mudah yang berupaya menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang. Anataranya seperti hadis:


مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Barangsiapa yang berwudu’ dengan cara wudu’ku ini, kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat dan tidak berbicara diantara keduanya (tidak membicara selain memikirkan urusannya dengan Allah), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari)


5. Menariknya juga dalam ayat ini, Allah seakan-akan menjelaskan kepada kita bahawa bahawa orang-orang yang bertakwa itu sebenarnya masih terdedah untuk melakukan dosa. 


6. Ini bererti, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan sekalipun orang yang bertakwa. Namun, Allah memahami sifat manusia dan membuka banyak ruang dan pintu agar manusia kembali kepada Allah walaupun dengan amalan yang mudah. 


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

No comments:

Post a Comment

  Israel-Backed Al Qaeda Terrorists Storm Aleppo Kevin Barrett, Senior Editor December 2, 2024 Become a VT Supporting Member Today Please ke...