Monday, 17 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1444H☆


 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

 

"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]


#Rasulullah saw telah menunjukkan contoh yang terbaik iaitu dengan bersungguh-sungguh beribadat pada 10 akhir Ramadhan tidak sebagaimana waktu yang lain.


#Oleh itu, baki yang ada pada Ramadhan ini lebih kurang 4 hari sahaja lagi. Maka, teramat wajar kita berjihad dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah kita kepadaNya.


#Jom kita contohi amalan yang dilakukan oleh para Salafussoleh agar kita memperoleh sebanyak-banyaknya ganjaran dipenghujung Ramadhan ini.


#Salafussoleh di zaman dahulu akan mandi pada setiap malam di 10 akhir Ramadhan. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakkan mereka antaranya Imam Ayyub al-Sukhtiyani, Imam Malik, bahkan digalakkan untuk memakai wangian dan pakaian yang selayaknya (terindah) dalam beribadat.


#Berkata Imam as-Syafi’i rahimahullah: “Aku suka supaya kesungguhan beribadah juga dilangsungkan pada siang hari sebagaimana bersungguhnya pada malam hari.” Ini menunjukkan bahawa ibadah pada 10 akhir Ramadhan bukan hanya terbatas pada waktu malam sahaja.


#Waki’ Ibn Jarrah membaca al-Quran pada malam hari dengan satu kali khatam dan sepertiga al-Quran. Beliau juga sembahyang 12 rakaat Dhuha. Beliau juga solat sunat daripada Zuhur hingga Asar.


#Ibn Wahb berkata: “Aku lihat Sufyan berada di Masjidil Haram selepas solat Maghrib, beliau solat sunat. Kemudian dia sujud dengan satu sujud dan dia tidak angkat kepalanya sehingga azan Isyak.”


#Ibnu Abi Mulaikah berkata: “Aku menjadi imam kepada manusia di bulan Ramadhan dan aku membaca pada rakaat pertama surah Fatir, aku tidak dapati mana-mana orang pun yang merasa berat, sedangkan surah Fatir mengandungi 46 ayat.”


#Al-Rabi’ Ibn Khushain selepas ditimpa penyakit strok/lumpuh pada sebelah badannya, masih lagi menuju ke masjid dengan dipapah oleh 2 orang lelaki sedangkan sahabatnya berkata kepadanya: “Ya Aba Yazid, Allah beri rukhsah kepadamu untuk kamu lakukan solat di rumah.” Lantas jawabnya: “Sesungguhnya benar apa yang kamu katakan tetapi bila mana aku mendengar paggilan hayya ‘alal falah, maka hendaklah, ia menjawabnya walaupun merangkak".


♡Jadikanlah kisah-kisah kesungguhan para Salafussoleh ini sebagai inspirasi untuk menambahkan semangat kita dalam menggandakan amal ibadah di akhir-akhir Ramadhan ini. Moga Allah memberi kekuatan dan kelazatan untuk kita beramal soleh. Aamiiin♡ 


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah


No comments:

Post a Comment

  British hunger strikers learn prison lessons from Palestine ​  Summary ​ Wed, 12/03/2025 - 19:06 Asa Winstanley    The Electronic Intifada...