Monday 3 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1444H☆


قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu [Surah al-Isra’ 88]


#Berkata Syeikh al-Maraghi: "Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara" (Rujuk Tafsir al-Maraghi)


#Syeikh al-Maraghi menjelaskan lagi bahawa golongan kafir tidak akan mampu untuk mendatangkan sebuah kitab yang sama sepertimana yang diturunkan kepada kepada rasulNya. Yang dimaksudkannya ialah sama dari sudut balaghah, kebaikan maknanya, kebijaksanaanya, hukum-hakam yang dikandungnya dan lain-lain. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)


#Dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair-penyair yang fasih balaghahnya, tukang tilik yang hebat serta cerdas serta pemidato yang berpengalaman dalam berbicara dengan baik dalam pelbagai seni pertuturan. Sekalipun para penyair, tukang tilik dan para pembicara yang hebat tersebut berusaha mendatangkan sesuatu yang seperti al-Quran, nescaya mereka tidak mampu untuk menandingi kehebatan dan kemukjizatan al-Quran. 


#Apabila musyrikin Quraisy tidak mampu untuk mendatangkan kitab semisal al-Quran, Allah swt menguji mereka dengan ujian yang lebih ringan iaitu untuk mendatangkan hanya sepuluh surah yang semisal al-Quran. Ini adalah sebagaimana firmanNya:


أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ


Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar" [Surah Hud 13]


#Namun mereka tetap tidak mampu mendatangkan ayat seumpama al-Quran. Maka Allah mencabar mereka.... 


...Bersambung... 


♡Al-Quran adalah kitab mukjizat yang tidak ada sesiapapun mampu menandingi kemuliaan dan keagungannya. Dampingilah al-Quran dan ambillah sebanyak mungkin manfaat darinya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Israel has wiped out 902 Palestinian families in Gaza over past year – Day 361 contact@ifamericansknew.org   October 3, 2024 Ahmed al-Zard...