Sunday, 12 February 2023

20 Kebaikan Dan Nutrisi Dalam Kacang Botor

 

20 Kebaikan Dan Nutrisi Dalam Kacang Botor

20 Kebaikan Dan Nutrisi Dalam Kacang Botor

by Dr Rizal Abu Bakar 3 days ago 778 Views

Nama dia taklah cantik sangat. Ada orang kata buruk nama dia ni. Budak budak kalau dengar mesti perli dan gelak.

Kawan kita ni biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia.

Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah.

Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya. 

Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.

Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai.

Manganese

Fosforus

Potassium

Sodium

Zinc

Niacin

Thiamine

Folate

Copper

Tryptophan

Leucine

Lysin

Threonine

Isoleucine

Riboflavin

Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin.

Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak.

Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton psikiatri.

Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni.

Contoh simptom dia ialah konfiusgangguan memori dan gangguan tidur.

Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.

Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin

Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat.

 Dia kurangkan kesan excitotoxicitypada otak. Baguskan kacang botor ni.

Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita.

Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.

Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi.

Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan tak kedut.

Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.

Baca juga: 10 Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C

Kebaikan Kacang Botor:

Selebihnya, saya ada terangkan dalam Buku Sihat Secara Alami

Banyak kan kebaikan kacang botor ni.

Nak tanam pun mudah. Harga pula murah. Rebus sahaja lepas buat cicah cicah. 

Perrgghhh merecik bak hang. 

Selepas ini kalau pergi kedai makan, rajin rajinlah ambil kacang botor ini.

Ataupun beli dan masak sendiri. Senang lagi.

Boleh cuba?

Kalau nak tahu kebaikan kacang botor ni ada dalam Buku Sihat Secara Alami.

Banyak lagi maklumat tentang rahsia makanan tersembunyi untuk sihat secara semulajadi.

Sekarang tengah HARGA PRE-ORDER!

R̶M̶7̶9̶ RM49 sahaja!

Jom pre-order sekarang: KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...