Tuesday, 28 February 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 8 Syaaban 1444H☆


ٱلَّذِینَ یَصُدُّونَ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ وَیَبۡغُونَهَا عِوَجࣰا وَهُم بِٱلۡـَٔاخِرَةِ كَـٰفِرُونَ 


"Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat" [Surah al-Aʿraf 45]


#Dalam ayat sebelum ini, Allah swt memaklumkan bahawa Dia melaknat orang-orang yang zalim. Siapakah orang zalim yang dimaksudkan itu?


#Di dalam ayat ini, dengan jelas dan nyata Allah swt mengatakan ciri-ciri orang yang zalim yang mendapat laknat Allah swt. Mereka ialah:


1. Orang yang menolak kebenaran dan menghalang orang lain daripada menuruti ajaran Allah swt.


#Sudahlah mereka tidak mahu menerima kebenaran, mereka juga berusaha sedaya upaya halang orang lain daripada menerima kebenaran. 


#Mereka tidak mahu belajar agama, pada masa yang sama menghalang majlis-majlis ilmu daripada disampaikan oleh para alim ulamak. Mereka menghalang orang ramai daripada mendapat ilmu dan kebenaran. Jauh lebih malang, mereka tidak menghalang program maksiat bahkan dibiarkan berlangsung dengan jayanya. 


2. Melakukan pelbagai helah menjadikan jalan kebenaran itu bengkok 


#Mereka berusaha supaya jalan Allah yakni Islam nampak bengkok dan terpesong. Iaitu dengan cara mereka menyelewengkan ajaran agama sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang lain.


#Mereka mahu ajaran Islam itu kelihatan menyusahkan, terlalu ketat dan mengongkong penganutnya. Supaya ini dilakukan supaya orang ramai tidak mahu atau tidak berminat kepada ajaran Islam. Mereka timbulkan pelbagai isu yang menyebabkan orang yang jahil menjadi takut dengan agama. Ini mengakibatkan orang ramai tidak mahu dekat dengan ajaran agama. 


3. Tidak percaya akan adanya hari kiamat


#Kehidupan penuh dengan dosa dan kejahatan. Mereka menolak adanya hari kebangkitan. Semua itu dianggap dongeng. Hidup mengikut petunjuk nafsu dan syaitan semata-mata. 


♡Inilah antara ciri orang yang zalim. Hidup mereka penuh dengan kebencian dan bermusuh dengan Islam. Tidak beriman kepada Allah dan menolak segala wahyu Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...